Kisah Datuk Hamidin Keliru Ingat Elie Aiboy Pemain Import Dari Nigeria Sebelum Disunting Jadi Red Giants

Tahukah anda satu masa dahulu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Haji Mohd Amin pernah bertanggapan Elie Aiboy adalah pemain import dari benua Afrika?

Kisah itu berlaku ketika Elie belum lagi menyertai Selangor, dan Hamidin pula merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada ketika itu.

Karier Ellie

Kisah tersebut dikongsi sendiri oleh Elie kepada di laman YouTube Persija Jakarta baru-baru ini.

Ia berlaku ketika Elie beraksi bersama Persija Jakarta. Elie adalah antara tonggak utama Persija pada tahun 2003 sehingga 2005.

Karier profesional Ellie bermula pada 1997 bersama PSB Bogor. Setelah semusim bersama kelab tersebut, Elie menyertai Persipura Jayapura, iaitu kelab yang disokong beliau dari kecil dan kelab tempat kelahiran beliau.

Selepas itu Ellie menyertai Semen Padang sebelum ke kelab gergasi Persija Jakarta

Disinilah bakat Elie Aiboy dicungkil untuk dibawa oleh pengurusan Selangor ke Liga Malaysia bersama dengan Bambang Pamungkas.

Kelincahan Ellie Pikat Red Giants

Red Giants mula tertarik dengan Elie Aiboy ketika pengurusan Selangor FA sedang mengintai aksi Bambang Pamungkas.

Ketika itu pengurusan Selangor disajikan perlawanan melibatkan Persija Jakarta menentang Persijatim di Stadium Lebak Bulus.

Dalam perlawanan tersebut, aksi Elie membuatkan Datuk Hamidin yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu terkesima.

“Dalam perlawanan menentang Persijatim itu ada Setiausaha Agung Selangor FA dan jurulatih hadir menyaksikan perlawanan, termasuk yang sekarang adalah Presiden FAM, Pak Hamidin,” kata Elie di YouTube Persija Jakarta.

“Dan pada ketika itu saya menghasilkan tiga assist untuk Bambang sempurnakan ketiga-tiga gol,” kongsi Elie lagi.

“Pada ketika itu, Selangor memang datang untuk mendapatkan Bambang. Tetapi mereka melihat saya menghasilkan umpanan untuk dia [Bepe], dan mereka turut mengambil saya.”

Disangka awang import Afrika

Perkara melucukan ialah sebelum Ellie menyertai Selangor, Datuk Hamidin tidak tahu Elie adalah pemain dari Indonesia.

Malah Presiden FAM itu sempat bertanya kepada Bambang Pamungkas dari mana asalnya Elie Aiboy.

“Beliau bertanya kepada Bambang. ‘Bepe, pemain asing yang menyatung jersi No.8 itu asalnya dari mana? Nigeria kah? Cameroon kah? Atau Afrika?’,”

Bambang Pamungkas yang mendapat pertanyaan tersebut lantas tertawa.

“Tidak. Itu orang Indonesia dari Papua. Barulah beliau faham selepas itu,” jelas Elie lagi.

Jika ada yang tida tahu, Datuk Hamidin adalah Setiausaha Agung FAS bermula pada 1998 sehingga beliau meninggalkan jawatan tersebut setelah dilantik selaku Setiausaha Agung FAM pada 2013.

Gemilang bersama Selangor

Menyertai Selangor adalah satu pengalaman baru untuk pemain sayap yang cuma memiliki ketinggian 172 cm ini. Beliau terus menjadi pemain utama dalam skuad Selangor setalah aksi cemerlang pada penampilan pertama beliau.

Aksi gelecekan dan kelajuan luar biasa dimiliki Elie memang sangat signifikan kepada jentera serangan Selangor. Elie Aiboy adalah pemain yang laju dengan ataupun tanpa bola di kaki beliau.

Elie Aiboy adalah pemain yang sangat disiplin dan kuat dari segi mental, fizikal dan teknikal.

Beliau membantu Selangor menjuarai Liga dan Piala FA sebagai kejuaraan pertama beliau bersama Gergasi Merah.

Dalam aksi Final Piala FA, Elie Aiboy muncul antara penjaring dalam kemenangan 4-2 Selangor ke atas Perak. Ia adalah ‘sweet goal’ melalui rembatan dari jarak 25 meter untuk gol kedua Selangor.

Wira Piala Malaysia

Nyata telahan Datuk Hamidin dan barisan jurulatih Selangor menghidu bakat yang dimiliki oleh Elie Aiboy tidak salah sama sekali.

Elie Aiboy menjadi watak penting disebalik hatrik Bambang Pamungkas dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2005.

Dua hantaran lintang beliau menjadi assist kepada kepada dua gol pertama Bambang Pamungkas.

Ia sekaligus melengkapkan kenangan indah Selangor apabila Elie Aiboy membantu Selangor mendakap Treble terakhir mereka pada 2005.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN