Kisah Cinta Liridon Krasniqi Curi Perhatian Media Albania

Kisah cinta pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi baru-baru ini telah mencuri perhatian media Albania.

Pemain tengah itu sememangnya amat dikenali di dalam landskap bola sepak Malaysia apabila mula beraksi bersama Kedah di saingan Liga Malaysia pada musim 2015.

Turut pernah beraksi bersama Melaka United sebelum menyertai JDT pada 2019, Liridon kemudiannya ke Liga Australia untuk beraksi bersama Newcastle Jets secara pinjaman.

Karier pemain itu kemudiannya diteruskan bersama Odisha FC di Indian Super League (ISL) untuk saingan musim 2021/22.

Kontrak pemain kelahiran Kosovo itu bersama Odisha sudah pun tamat, dan tanda tanya mengenai masa depan pemain itu kini menjadi perhatian – sama ada akan kembali menyertai kelab asal JDT, atau terus beraksi bersama pasukan lain secara pinjaman.

Kehidupan Liridon tarik perhatian media Albania

Baru-baru ini kisah kehidupan peribadi Liridon Krasniqi mendapat perhatian media Albania, abc.24.

Ia berikutan sebuah perkongsian di IG Story pemain itu dengan seorang wanita – dipercayai pasangan beliau – yang mengisahkan kisah cinta pemain itu.

Liridon sebelum ini begitu dikenali sebagai pemain bola sepak profesional dan hanya berkongsi akan kisah kariernya.

Perkongsian terbaru mengenai kisah cinta dan kehidupan peribadi dianggap sebagai seseuatu di luar kebiasaan. Tidak semua pemain bola sepak juga terbuka untuk berkongsi kisah sedemikian dengan peminat.

“You complete me”

Sebelum ini, Liridon memuat naik sebuah foto dirinya bersama seorang wanita dalam suasana penuh romantis dengan kapsyen: “You complete me”.

Perkongsian tersebut sudah cukup untuk menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat. Turut memberikan reaksi dan komen adalah bekas rakan sepasukan di Kedah, Sandro Mendonca dan Junior Edstal.

Perkongsian melalui IG Story pemain itu kemudiannya menarik perhatian abc.24.

Sumber: IG Story/ Liridon Krasniqi

Walaupun Liridon cuba menyembunyikan identiti pasangannya itu, media melaporkan wanita yang didampingi Liridon itu sebenarnya adalah seorang jelitawan warga Albania.

Wanita itu dikenali sebagai Agonita dan beliau menetap bersama keluarganya di Switzerland.

Menurut laporan tersebut lagi, hubungan pasangan tersebut kini serius dan kedua-duanya sedang bercuti bersama-sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN