AFC Ajax telah melancarkan jersi ketiganya yang diinspirasikan dari Bob Marley dengan jalur hijau, kuning dan merah yang menjadi simbol buat penyanyi reggae legenda dari Jamaica itu.
Ajax dan Bob Marley sememangnya mempunyai hubungan yang kuat kerana penyokong kelab Belanda itu telah menjadikan lagu ‘Three Little Birds’ sebagai lagu tema mereka.
Sebagai penghormatan, Ajax dengan kerjasama penajanya Adidas memutuskan untuk membuat jersi khusus dengan rekaan yang cukup menarik sehinggakan laman web penjualan kelab menjadi sesak sejak ia dilancarkan secara rasmi.
Jersi ketiga Ajax laku keras. Nak beli dalam laman web rasmi kelab pun kena 'beratur'!#AFCAjax#BobMarley#ThreeLittleBirds pic.twitter.com/ggkHFu8XMR
— KOPPA (@koppatv) August 21, 2021
Tapi tahukah anda bagaimana lagu tersebut menjadi lagu tema penyokong Ajax? Jangan terkejut kerana faktanya ia berlaku secara tidak sengaja.
Segalanya bermula pada 2008 ketika Cardiff City bertemu Ajax dalam aksi terakhir pra-musim mereka di Wales. Selepas perlawanan berkesudahan 0-0, penyokong Ajax diminta untuk tunggu di dalam stadium terlebih dahulu.
Ali Yassine, individu yang bertugas sebagai penyiar pengumuman atau DJ untuk kelab Wales tersebut diminta untuk memainkan muzik sebagai selingan dan beliau memilih untuk memasang lagu Three Little Bird nyanyian Bob Marley.
Tanpa disangka-sangka, penyokong Ajax menyanyikan lagu itu beramai-ramai denga penuh bersemangat sambil menari dan bertepuk tangan.
“Rise up this mornin’
Smile with the risin’ sun
Three little birds
Pitched by my doorstep
Singin’ sweet songs
Of melodies pure and true
Sayin’, “This is my message to you, whoo-hoo”
Bekas penyerang Ajax, Klass Jan Huntelaar ketika ditemubual BR Football menceritakan perasaaannya setiap kali penyokong menyanyikan lagi itu.
“Ia perasaan yang hebat setiap kali kamu masuk ke padang dan semua orang bergembira dengan lagu itu. Kamu boleh lihat setiap orang bertambah semangat, seolah-olah boleh berlari hingga terbang ke langit!” ujar bekas penyerang Belanda berkenaan.
Ky-Mani Marley, anak kepada Bob Marley berkongsi pengalaman tentang kekagumannya apabila melihat stadium bergema tatkala penyokong Ajax menyanyikan lagu ayahnya dengan penuh bersemangat.
Rise up this mornin’, smile with the rising sun.
Introducing our new 21/22 third jersey, inspired by our collective love for @BobMarley and his Three Little Birds. pic.twitter.com/YiPUS7AR19
— AFC Ajax (@AFCAjax) August 20, 2021
“Ya, ayah saya merupakan peminat tegar bola sepak. Bola sepak dan muzik ini begitu dekat dengan jiwanya,” ujar Ky-Mani.
“Jika dia dapat dengar betapa ramai penyokong di Stadium Ajax menyanyikan lagu Three Little Birds setiap kali rehat separuh masa.
“Tentu ia memberi makna yang besar kepadanya, mengetahui kerja kerasnya menyentuh hati dan perasaan ramai orang sehingga menjadikannya lagu tema, ia amat luar biasa.
Akhirnya pada 2018, Ky-Mani dipanggil dalam satu perlawanan untuk bersama-sama menyanyikan lagu tersebut di Johan Cryuff Arena. Beliau mengakui dapat merasai aura dan tenaga yang cukup menakjubkan di stadium itu.
Bob Marley’s son Ky-Mani singing Three Little Birds with the Ajax fans in 2018. What a sound 😍 🇯🇲🇳🇱 pic.twitter.com/0s0xonYANf
— Project Football EPL (@ProjectEPL) August 20, 2021
“Ia adalah sesuatu yang tidak akan mampu saya lupakan, seolah-olah stadium itu sedang bergegar, ia saat yang sangat ajaib. Itulah Ajax, itu pasukan saya bermula hari ini hingga buat selamanya.”