Kisah Almarhum Sultan Kedah Terpaksa Jalan Kaki 45 Minit Untuk Saksikan Final Piala FA 2007

Sultan Kedah jalan kaki stadium batu kawan

Berbicara tentang final Piala FA, tentunya ia menggamit memori tentang bagaimana Sultan Kedah yang terpaksa jalan kaki untuk ke stadium.

Ia bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2007 antara Kedah dan Perlis yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang – kali kedua perlawanan akhir Piala FA dilangsungkan di stadium itu selepas kali terakhir ia menganjurkannya pada edisi 2000 – Terengganu bertemu Pulau Pinang.

Edisi kali ini akan dilangsungkan di venue selain Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kerap menjadi pilihan dalam beberapa edisi kebelakangan ini.

Stadium Hang Jebat Pilihan Utama Untuk Venue Perlawanan Akhir Piala FA

Stadium Hang Jebat calon penganjur pentas final

Menurut khabar terkini, Stadium Hang Jebat merupakan antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi penganjur bagi perlawanan akhir kali ini.

Operator Liga Malaysia (Liga M), Malaysian Football League (MFL) dilihat masih belum memutuskan di mana pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC bakal dilangsungkan apabila mereka telah menangguhkan pengumuman rasmi yang sepatutnya dibuat tempohari.

Penangguhan pengumuman adalah disebabkan beberapa isu yang timbul.

Jadi, semua pihak masih berteka-teki, di mana lokasi pentas akhir kali ini?

Jika Stadium Hang Jebat dipilih, ini kali pertama mereka menjadi penganjur pentas final kejohanan berprestij tersebut sejak edisi pertama pada 1990.

Menarik untuk diimbau semula insiden yang berlaku di pentas selain SNBJ.

Sultan Kedah terpaksa jalan kaki 2km

Stadium Batu Kawan pernah dipilih menjadi lokasi pentas final Piala FA 2000 antara Terengganu dan Pulau Pinang yang menyaksikan Terengganu menjulang kejuaraan apabila menang 4-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan hanya mampu terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Perlawanan itu menjadi pembuka tirai penggunaan stadium tersebut yang dipersiapkan untuk Pulau Pinang menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA).

Selepas enam edisi, Piala FA kembali ke bumi Pulau Mutiara pada 2007.

Jika berbicara tentang final Piala FA 2007, inilah kisah yang paling mencuri tumpuan tentang bagaimana Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah ketika itu terpaksa berjalan kaki sejauh 2km untuk ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, lokasi pertembungan antara Kedah dan Perlis.

Ia telah mengambil masa 45 minit untuk Almarhum Baginda tiba ke lokasi.

Malah, Pemangku Raja Perlis ketika itu, Tuanku Syed Faizzudin Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut terpaksa membonceng motosikal polis untuk ke venue selepas kesesakkan lalu lintas yang teruk berlaku di sepanjang jalan.

Penduduk setempat juga terima tempiasnya

Selain itu, penduduk di sekitar lokasi tersebut juga menerima tempias akibat penganjuran perlawanan akhir tersebut. Dikhabarkan lambakan kereta telah ditinggalkan begitu sahaja di sepanjang jalan menuju ke stadium akibat kesesakan yang menghalang sepenuhnya pergerakan kenderaan saat itu.

Menurut laporan The Star pada Julai 2007, penduduk di situ tidak dapat pulang ke rumah sehingga jam 4.00 pagi. Dan peniaga restoran mengadu yang tiada langsung pelanggan berkunjung ke kedai sepanjang malam.

Anda boleh lihat kesesakan yang berlaku dalam perkongsian video ini.

Oleh itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dikritik hebat, selain pegawai-pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dikatakan turut menerima tempiasnya. Ia memberi imej negatif buat kerajaan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akhirnya membuat permohonan maaf disebabkan insiden ‘jalan kaki’ Sultan Kedah itu.

Begitupun, ia malam yang gemilang buat Sang Kenari apabila berhasil menjulang kejuaraan selepas membenam Perlis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar.

Kali kedua Batu Kawan menjadi saksi penentuan sepakan penalti sebagai penentu kejuaraan dan kedua-duanya menjadi milik pasukan lain, bukan Pulau Pinang – Terengganu pada 2000 dan Kedah pada 2007. Malah, itulah kali terakhir Stadium Batu Kawan menjadi venue pentas akhir Piala FA.

Mungkin pelbagai faktor sedang dipertimbangkan MFL bagi penganjur perlawanan akhir ini disebabkan mahu mengelakkan insiden tak diingini seperti insiden jalan kaki Sultan Kedah ini daripada berulang semula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN