Tiga pemain dari England termasuk bintang Liverpool, Ian Rush dipercayai hampir disunting oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) untuk beraksi di saingan Liga Malaysia suatu ketika dahulu.
Dua lagi pemain yang dimaksudkan adalah Chris Waddle dan David Rocastle. Hanya David Rocastle akhirnya yang beraksi bersama Sabah selepas itu.
Kisah lama itu dikongsikan oleh sebuah akaun Twitter memuatkan kisah-kisah bola sepak, Tora Bola baru-baru ini.
Sabah hampir dapatkan penyerang Legenda Liverpool IAN RUSH!
Tahukah anda? Pada 1998, Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) pernah mengintai untuk mendapatkan khidmat penyerang legenda Liverpool, Ian Rush untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Scott Ollerenshaw.#torabola pic.twitter.com/x2HOnAcVMT
— ToraBola (@tora_bola) February 9, 2022
Menurut perkongsian Tora Bola dan keratan akhbar lama yang dikongsikan, Sabah FA pada ketika itu cuba untuk menyunting Ian Rush untuk menggantikan seorang lagi penyerang import prolifik, Scott Ollerenshaw.
Rush sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam dunia bola sepak. Sehingga kini Rush adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan kebangsaan Wales, dan dianggap sebagai legenda Anfield sehingga ke hari ini.
Rush pengganti Ollerenshaw
Kehebatan Ollerenshaw bersama Sabah suatu masa dahulu sememangnya sukar ditandingi. Ollerenshaw dianggap antara penyerang import terbaik pernah dimiliki Sabah apabila beliau berjaya membantu pasukan itu menjulang Piala FA pada 1995 dan menjuarai Liga Perdana (kini Liga Super) pada tahun berikutnya.
Disebabkan itu Sabah FA berusaha untuk mendapatkan pengganti yang bersesuaian selepas pemain berasal dari Australia itu meninggalkan Sabah untuk menyertai Negeri Sembilan pada 1998.
Scott Ollerenshaw (kanan) cuba melepasi pertahanan Pahang, Alan Edward Davidson. pic.twitter.com/TzxD8rMQZX
— Gambar Klasik (@GambarKlasik) January 22, 2016
Hajat tersebut bagaimana pun tidak kesampaian. Pada ketika itu, Rush masih beraksi bersama Newcastle United sebelum menyertai Wrexham dan berhijrah ke Australia pada penghujung karier profesionalnya.
Chris Waddle pula yang merupakan seorang pemain sayap dan mempunyai 62 caps untuk England memilih untuk menyertai Torquay United selepas meninggalkan Burnley pada 1998.
Hari ini Scott Ollerenshaw kembali menyertai Sabah FC selaku Pengarah Teknikal kelab tersebut.
Bintang dari EPL
Daripada tiga nama yang menjadi perhatian Sabah FA pada ketika itu, pasukan dari Borneo itu akhirnya berjaya membawa masuk David Rocastle yang beraksi selama semusim bersama mereka.
Sabah adalah kelab terakhir David Rocastle sebelum beliau bersara daripada bola sepak sebelum disahkan menghidap kanser darah. Bekas penyerang antarabangsa England itu meninggal dunia pada 2001 pada usia 33 tahun.
David Rocastle playing for Sabah FC, a club based on the island of Borneo, in 1998. pic.twitter.com/A3qfaQMYsw
— Fans' Favourite (@FansFavouriteUK) April 12, 2021
Walaupun gagal memancing Ian Rush yang pada ketika itu bersama Newcastle United, Sabah FA tetap berjaya membawa masuk seorang lagi legenda Liverpool iaitu El Hadji Diouf.
Bekas penyerang antaranbangsa Senegal itu beraksi bersama Liverpool dari 2002 sehingga 2005, dan menyertai Sabah pada musim 2014.
Anda boleh mengikuti akaun twitter ToraBola untuk lebih banyak trivia menarik bola sepak Sabah dan Liga Malaysia.