2 Gol Kipre Bawa Terengganu Ke Final Piala Malaysia, Singkirkan JDT Di Larkin

Terengganu ke final Piala Malaysia 2018 selepas mencatat seri dengan juara bertahan JDT. Keputusan 2-2 di Larkin memastikan Terengganu menang agregate 3-2 untuk Terengganu mara ke final Piala Malaysia.

Perlawanan separuh akhir ke-2 berlangsung di Larkin. Dalam perlawanan pertama Terengganu menang tipis 1-0 di tempat sendiri.

JDT berada di hadapan menerusi Fernando Marquez yang menyempurnakan peluang daripada sepakan penalti. Ini selepas Safawi Rasid dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Penjaga gol ‘dive’ ke arah tepat namun gagal untuk menyelamatkan bola tersebut.

Pada separuh masa kedua, Gonzalo Cabrera meletakkan JDT di hadapan secara agregate menerusi satu jaringan yang sangat cantik pada minit ke-62.

Beliau menerima hantaran ke belakang oleh Safawi Rasid dan terus melakukan rembatan tepat ke arah gol yang melemaskan penjaga gol Terengganu.

Ini adalah jaringan ke-4 beliau musim ini dalam Piala Malaysia.

Namun tak lama selepas itu Terengganu memulakan kebangkitan menerusi Kipre. Tchetche Kipre menjaringkan gol pertama pada minit ke-68.

Ia meletakkan Terengganu berkelebihan jaringan gol tempat lawan. Kipre menyempurnakan hantaran lintang oleh Lee Tuck.

Kipre merapatkan kedudukan kepada 2-1 dan menjadi pemain Terengganu pertama menjaringkan gol di Larkin sejak Ashaari Shamsuddin pada 2014.

JDT perlu mencari gol lagi. Marquez menjaringkan gol pada minit ke-73 namun dibatalkan kerana ofsaid.

Ketika Terengganu ada kelebihan gol tempat lawan, minit ke-91, Kipre memastikan perjuangan JDT tamat dengan satu lagi gol. Pada kedudukan ini, JDT perlu mencari 2 gol lagi.

Sebagai rekod, kali terakhir Terengganu ke final Piala Malaysia adalah pada 2011 menentang Negeri Sembilan. Perlawanan juga berlangsung di Stadium Shah Alam.

Kali terakhir mereka juara adalah pada 2001 di Shah Alam menentang Perak.

Satu lagi perlawanan akan berlangsung esok melibatkan Sabah dan Perak. Nampaknya ulangan final 2001 semakin hampir direalisasikan.

Tahniah pasukan Terengganu dan syabas juga untuk JDT.

Kredit foto: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN