Kipre Tchetche ‘Pelincir’ Untuk Kedah Tembusi Benteng Kebal JDT

Kipre Tchetche Kpah Sherman Kedah JDT

Adakah Kipre Tchetche akan kembali dalam kesebelasan utama Kedah Darul Aman FC dan membantu skuad Hijau Kuning bagi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) seterusnya mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2021?

Dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman pada Ahad, jelas Kedah tampil dengan permainan yang kemas dan teratur dalam membendung asakan JDT sehingga kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Ia satu keputusan yang mengecewakan, namun perlawanan tersebut sarat dengan pertembungan taktikal oleh kedua-dua pengendali – Aidil Sharin Sahak dan Benjamin Mora. Ia telah diheret ke perhitungan kedua pula.

Stadium Sultan Ibrahim akan menjadi saksi, pasukan mana yang akan menang atau akan mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia edisi ini. Kedua-duanya merupakan finalis edisi terakhir yang berlangsung 2019.

Dalam aksi pertama sebelum ini, Kedah berjaya mengekang JDT. Namun, masalah utama mereka adalah untuk memecah blok pertahanan JDT yang tinggi dan kebal. Dua pemain sayap, Fayadh Zulkifli dan Syazwan Zainon nyata gagal untuk menyelusup masuk untuk membantu penyerang utama, Kpah Sherman di bahagian depan.

Ketiadaan Kipre Tchetche sangat dirasai Kedah apabila hampir sepanjang perlawanan, mereka tiada percubaan.

Kelibat Kipre Tchetche bukanlah sebagai pencipta percubaan, namun beliau adalah penghubung antara jentera tengah dan serangan. Ini yang Kedah kehilangan dalam aksi pertama tempohari, iaitu tiada penghubung.

Kapten, Baddrol Bakhtiar yang diharapkan untuk menjadi ‘kabel’ antara jentera tengah dan serangan jadi buntu apabila disergah barisan pemain lawan yang kerap kali menutup ruangnya dengan deretan terjahan keras.

Percubaan pertama Kedah yang paling hampir menghasilkan gol adalah di minit ke-75, selepas sejam lebih aksi berlangsung! Dan ia hadir menerusi pemain gantian, Aiman Afif, namun sedikit tersasar daripada gawang.

Memetik kata Aidil Sharin di Utusan Malaysia yang mengharapkan Kipre Tchetche sempat pulih, “Peranan Kipre penting untuk berganding bersama Kpah Sherman di bahagian jentera serangan untuk memburu gol.”

Pemain licik dan liat sepertinya diperlukan Kedah untuk memecah blok pertahanan skuad Harimau Selatan kerana terbukti, Fayadh Zulkifli dan Syazwan Zainon gagal untuk menhadirkan sesuatu buat Kpah Sherman.

Kedah memerlukan jaringan dan begitu juga JDT. Sebagaimana Kedah, JDT juga buntu dengan disiplin bertahan tinggi yang dipamerkan Kedah terutamanya persembahan pivot kembar, Asnan Ahmad dan Fadzrul Danel.

Ujar Kipre Tchetche yang semakin pulih dan turut berada bersama pasukan di selatan tanah air ketika ini, “Saya dapati keadaan saya kini sedang melalui proses pemulihan yang semakin baik. Bila pasukan dengan jumlah pemain utama lengkap, maka keadaan akan menjadi lebih berpotensi berbanding perlawanan kami lalu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN