Kipre, Chanta Bin Antara 12 Pemain Tinggalkan Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengesahkan 12 pemain tidak akan bersama lagi pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Antaranya adalah penyerang import dari Ivory Coast, Tcheche Kipre dan pemain tengah Kemboja, Thierry Chanta Bin.

Antara pemain lain yang tidak dikekalkan oleh Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi saingan pada musim hadapan adalah Wan Azraie, Khairu Azrin, Syamim Yahya, Adib Aizuddin, Abdul Malik Mat Ariff, Shahrul Aizad, Khairul Anwar, Hasnizaidi Jamian dan juga Izuan Rosli.

Melalui Kongres PBSNT 2019 pada Oktober lalu, Terengganu FC mengesahkan dua lagi pemain import, Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov akan dikekalkan untuk musim 2020.

??️ TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KESEMUA BEKAS PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN TERENGGANU FC 2019 ?️?

Terima…

Posted by Terengganu Football Club on Monday, November 4, 2019

Pihak pengurusan PBSNT turut memutuskan Nafuzi Zain dilantik sebagai Ketua Jurulatih tetap, sambil dibantu oleh penolong jurulatih baharu, Subri Sulong.

Nafuzi mengambil alih skuad penyu pada Mei lalu selepas pengendali terdahulu mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Dr Ahmad Samsuri yang merupakan Presiden PBSNT yang juga Menteri Besar Terenggganu berkata sebanyak 60 peratus muka baharu akan menyarung jersi skuad TFC musim depan.

Pada musim ini Terengganu FC menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-7.

Bagaimanapun cabaran Terengganu FC terkandas di peringkat suku akhir di saingan Piala FA dan juga Piala Malaysia – masing-masing kepada Pahang dan JDT.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U