Sebentar tadi keputusan undian untuk perlawanan bagi saingan King’s Cup telah pun dibuat menerusi media sosial rasmi Facebook bola sepak Thailand, dengan Malaysia bakal bakal berdepan pasukan tuan rumah bagi aksi pertama.
Saingan King’s Cup yang dianjurkan oleh Football Association of Thailand (FAT) itu turut membabitkan dua lagi negara iaitu Tajikistan serta Trinidad And Tobago untuk menambahkan lagi kerancakan aksi musim ini.
#OFFICIAL ช้างศึก 🇹🇭 ชน เสือเหลือง 🇲🇾 จับสลากประกบคู่คิงส์คัพ ครั้งที่ 48
อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/kH3UGVxQSj#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FIFADAY #InternationalAmatch #KingsCup48 #คิงส์คัพ pic.twitter.com/pbmNw7xcdG
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) September 12, 2022
Aksi yang bakal membuka tirai pada 20 hingga 24 September itu juga bakal berlangsung di Chiang Mai yang dilihat bakal menarik minat para penyokong untuk menyaksikannya.
Saingan tersebut juga bakal berlangsung dengan format kalah mati, iaitu setiap pemenang pada perlawanan pertama akan beraksi di pentas akhir, dan dua pasukan yang tewas sebelum itu akan merebut kedudukan ketiga serta keempat.
Lawan yang agak kuat pada edisi kali ini terarah kepada Trinidan and Tobago yang sebelum itu pernah beraksi di saingan Piala Dunia 2006 serta muncul selaku juara Piala Carribean sebanyak 10 kali untuk dipandang serius oleh pasukan-pasukan lain.
Tajikistan yang setakat ini berada di ranking 108 dunia juga perlu diberi perhatian kerana pasukan ini memiliki aspek kekuatan fizikal yang baik serta skil individu menarik untuk memberi masalah buat lawan.
Cabaran Malaysia pada aksi pertama nanti ialah Thailand dan dikhabarkan tuan rumah akan memberi tentangan sengit pada saingan ini menerusi penyediaan para pemain terkuat mereka termasuk Chanathip Songkrasin.
Walaupun begitu, Malaysia sendiri dilihat tidak gentar untuk menghadapi aksi tersebut dan ketika ini mereka berada dalam momentum terbaik setelah berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2023.
Menurut Kim Pan-gon, beliau menyatakan aksi perlawanan di Thailand selepas ini bakal digunakan sebaik mungkin untuk dirinya membuat persiapan lebih rapi buat skuad kebangsaan.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah diundi bertemu Thailand bagi perlawanan pertama 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand pada 22 September 2022.
Malaysia kemudian akan berdepan Trinidad & Tobago atau Tajikistan pada 25 September 2022.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/94vRAwGX7P
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 12, 2022
“Kami tak peduli mengenai kekuatan atau kelemahan pasukan. Kami akan berikan segalanya yang terbaik serta keputusan positif menerusi saingan tersebut.
“Saya rasa kami bakal menggunakan aksi perlawanan di Thailand tidak lama lagi sebagai medan untuk menguji kekuatan sebenar skuad kebangsaan,” tambah beliau lagi.
Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga memberi bayangan kemungkinan besar bakal menggunakan muka-muka baharu untuk menghiasi skuad kebangsaan.
“Mungkin kali ini kami juga akan mencuba muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan untuk uji kekuatan mereka dan kami akan berikan terbaik untuk persiapan kali ini,” terang Pan-gon.