Malaysia gagal untuk membawa pulang kejuaraan King’s Cup musim ini setelah skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, setelah sebelum itu masing-masing terikat seri pada masa sebenar perlawanan.
Beraksi dalam keadaan padang basah di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, jelas memberi kesukaran buat skuad kebangsaan mempamerkan aksi berkualiti seperti aksi lalu ketika menentang Thailand.
Keputusan Masa Penuh
Final 48th King's Cup 2022 | Ahad, 25 September 2022
MALAYSIA 🇲🇾 0-0 🇹🇯 TAJIKISTAN
▶️ Tajikistan menang penentuan sepakan penalti 3-0#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ouccC3VNIG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 25, 2022
Sepanjang perlawanan berlangsung, kedua pasukan jelas menghadapi masalah sama iaitu ketumpulan di bahagian serangan dengan kedua penjaga gol tidak begitu teruji sepanjang saingan.
Cuma Syihan Hazmi yang dilihat sedikit bersusah payah pada separuh masa kedua apabila penjaga gol ini terpaksa melayangkan tubuhnya beberapa kali untuk menyelamatkan keadaan.
Selepas lima minit perlawanan berlangsung, kedua pasukan dilihat seimbang menguasai permainan dengan tidak ada sebarang percubaan lagi berjaya dihasilkan, setelah bola lebih banyak berlegar di tengah padang.
Beberapa siri kekasaran dibuat oleh pemain kebangsaan di kawasan sendiri membuka ruang buat Tajikistan untuk cuba mencipta sesuatu menerusi situasi sepakan percuma.
Namun disiplin tinggi dipamerkan oleh skuad kebangsaan berjaya menghampakan lawan yang cuba untuk menghidu peluang memburu gol awal perlawanan.
Baik Malaysia atau Tajikistan, dua pasukan ini masih lagi tercari-cari rentak lebih baik untuk menguasai perlawanan dengan intensiti permainan jelas agak perlahan selepas 10 minit aksi berlangsung.
Separuh Masa
Final 48th King's Cup 2022 | Ahad, 25 September 2022
MALAYSIA 🇲🇾 0-0 🇹🇯 TAJIKISTAN#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/w8loEWpgnv
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 25, 2022
Pemain serangan, Mohamadou Sumareh jelas mengalami kesukaran pada perlawanan ini menerusi beberapa kesilapan yang dibuat serta tidak mencipta gandingan lebih baik bersama rakan sepasukan.
Bersambung di separuh masa kedua, pertukaran telah dibuat oleh Pan-gon dengan memasukkan khidmat Faisal Abdul Halim untuk menggantikan Sumareh yang jelas tidak memberi impak positif.
Walaupun Tajikistan menguasai permainan, mereka gagal untuk mencipta peluang lebih baik ketika membuat percubaan, setelah pertahanan negara dilihat berjaya mengekang pergerakan lawan dengan positif.
Ketiadaan Sumareh dilihat berjaya ditampung dengan baik oleh pemain gantian, Faisal Halim untuk memberi nafas baharu buat serangan negara.
Momentum perlawanan yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan selepas 60 minit perlawanan agak perlahan dengan lebih banyak bertahan untuk menyerap asakan lawan.
Tajikistan hampir meraikan gol pertama mereka pada minit ke-84 menerusi pemain gantian iaitu Rustam Soirov, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana penyerang itu sudah pun dikesan ‘offside’.
Keputusan perlawanan menyaksikan Malaysia dan Tajikistan sekadar terikat seri dan mereka terpaksa menempuh satu lagi halangan iaitu menerusi penentuan sepakan penalti untuk mengetahui juara King’s Cup musim ini.
Aksi penentuan penalti jelas tidak memihak Malaysia apabila tiada jaringan dapat terhasil oleh pemain kebangsaan dan Tajikistan berjaya mencatat kemenangan setelah tiga gol dicatat mereka membantu psukan tersebut menjulang kejuaraan King’s Cup di Thailand.
Kesebelasan utama
Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga gol), Matthew Davies, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh, Khuzaimi Piee, Brendan Gan, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad (Kapten), Dion Cools, Corbin Ong
Tajikistan: Rustam Yatimov (Penjaga gol), Zoir Dzhuraboev, Tabrez Islomov, Manuchehr Safarov, Vahdat Hanonov, Amirbek Juraboev, Muhammadjon Rahimov, Shervoni Mabatshoev, Ehsoni, Panshanbe, Akhtam Nazarov (Kapten), Shahrom Samiev