Malaysia sah muncul naib juara dalam kejohanan King’s Cup musim ini apabila mereka mencatat kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti berdepan Tajikistan.
Setelah masing-masing terikat tanpa jaringan sebelum pada masa penuh perlawanan, kedua pasukan tersebut terpaksa menentukan kejuaraan menerusi aksi sepakan penalti, dengan menyaksikan Tajikistan unggul mengetepikan Malaysia dengan keputusan 3-0.
Tahniah Malaysia! 🇲🇾
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon muncul naib juara 48th King's Cup 2022 selepas tewas penentuan sepakan penalti 3-0 kepada Tajikistan pada aksi final yang berkesudahan seri 0-0 di Chiang Mai, sebentar tadi.#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/BbaUwiISNC
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 25, 2022
Pada perlawanan tersebut sebelum itu yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Malaysia dan Tajikistan jelas beraksi dengan sangat sengit dalam keadaan hujan lebat untuk memburu jaringan.
Kecemerlangan Syihan Hazmi jelas memberi kekecewaan buat pasukan lawan yang gagal untuk meraih sebarang gol biarpun peluang agak terbuka.
Pada perlawanan semalam, ada beberapa faktor umum yang menyaksikan mengapa skuad kendalian Kim Pan-gon gagal untuk mencatat kemenangan ketika berdepan Tajikistan.
Pemain Malaysia gagal sesuaikan diri dengan keadaan padang
Sepanjang perlawanan berlangsung semalam, pemain skuad Harimau Malaya jelas gagal menyesuaikan diri dengan baik setelah merak mengalami kesukaran untuk mengawal bola disebabkan struktur padang agak licin.
Teknik hantaran-hantaran pendek yang cuba dibuat oleh para pemain juga tidak begitu menjadi kerana kesukaran mengawal ketepatan hantaran.
Berbanding Tajikistan, mereka menyelesaikan isu tersebut serta mampu mengawal bola dengan lebih baik tanpa menghadapi kesulitan seperti Malaysia.
Corak permainan
Boleh dikatakan selain faktor padang yang menjadi penghalang skuad kebangsaan untuk beraksi dengan lebih bagus, sebenarnya mereka sendiri kebanyakan bermain bawah prestasi sebenar.
Berhadapan Tajikistan yang lebih agresif serta banyak menggunakan kekuatan fizikal jelas menggoyahkan barisan pemain negara untuk menguasai bola dengan lebih lama serta dipaksa lawan membuat kesilapan.
Tajikistan jelas tidak memperlahankan corak permainan mereka untuk terus menekan pemain Malaysia di serata arah.
Keputusan Masa Penuh
Final 48th King's Cup 2022 | Ahad, 25 September 2022
MALAYSIA 🇲🇾 0-0 🇹🇯 TAJIKISTAN
▶️ Tajikistan menang penentuan sepakan penalti 3-0#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ouccC3VNIG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 25, 2022
Barisan tengah Malaysia yang dipimpin Safawi Rasid, Brendan Gan, dan Nazmi Faiz gagal beroperasi dengan lebih baik dan meninggalkan banyak kelompongan buat lawan di bahagian tersebut.
Pemain gagal kawal emosi
Malaysia bermain dengan keadaan emosi yang agak terganggu sebenarnya sepanjang 90 minit saingan berlangung.
Pemain seperti Sumareh dilihat antara gagal untuk mengawal emosi dengan lebih baik sehingga menyaksikan ada layangan kad kuning diberikan.
Malah tindakan beliau yang membuat terjahan keras juga hampir memberi masalah buat negara sebelum pengadil sekadar memberi amaran lisan.
MALAYSIA 🇲🇾
🥈 Naib Juara 48th King's Cup 2022#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/1rQBqZVWud
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 25, 2022
Paling ketara, mereka dihantui dengan tekanan emosi ketika situasi penentuan sepakan penalti sehingga gagal untuk mengambil dengan lebih baik.