Kin Fai Dan Goal.Com Pemenang Pertama Laporan Online Terbaik MFL

Usaha Malaysian Football League (MFL) mengadakan Anugerah Bulanan Media (ABM) adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap media tempatan di atas peranan mereka dalam bola sepak tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, pihaknya sentiasa memahami sumbangan media tempatan yang sentiasa memberikan liputan Liga Malaysia dan menganggap ABM menjadi platform terbaik untuk menghargai usaha keras mereka.

“Media adalah salah satu peranan penting dalam perjalanan bola sepak kini. Mereka adalah medium penghubung kepada penyokong-penyokong di mana mereka juga adalah satu daripada elemen penting dalam bola sepak tempatan.

“Jadi, MFL mahu memberikan pengiktirafan kepada pihak media tempatan yang sentiasa berusaha keras memberikan liputan dalam Liga Malaysia.

 

“Apa yang pasti saya berharap kehadiran ABM MFL ini sedikit sebanyak dapat menaikkan moral mereka untuk menghasilkan lebih banyak laporan positif melibatkan bola sepak tempatan,” katanya pada sidang akhbar majlis ABM di ibu pejabat MFL, hari ini.

MFL telah mengadakan ABM yang terdiri daripada empat kategori iaitu Media Cetak Terbaik, Laporan Online Terbaik, Media Elektronik Terbaik dan Foto Terbaik.

Bagi pemenang ABM bulan Februari, wartawan Goal.com, Kin Fai telah dinobatkan sebagai pemenang Laporan Online Terbaik dengan laporan ‘TMJ backs PMOM to stop the rot in Malaysian Refereeing standard’ dan Zulfaizan Mansor dari News Straits Times telah memenangi kategori Media Cetak Terbaik menerusi artikel ‘From Cambodia with Love’.

Kin Fai dari Goal.com

Sementara pemenang kategori Media Elektronik Terbaik menjadi milik wartawan dan juruvideo Tv3, Fariz Zolkarnain dan Mohd Jufri Mohd Judin menerusi laporan visual ‘Perlis serba daif, Piya harap MFL lanjut jendela perpindahan pertama’.

Kategori Foto Terbaik menjadi milik jurugambar NSTP biro Perak, Effendy Abdul
Rashid menerusi foto ‘Aksi tertangguh pengadil cedera’.

Kesemua pemenang menerima sebuah trofi dan wang tunai RM500.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN