Kimmich Dan Ruediger Bergaduh Ketika Sesi Latihan Skuad Piala Dunia Jerman

Sesi latihan skuad kebangsaan Jerman di Itali terhenti seketika apabila dua pemainnya, Joshua Kimmich dan Antonio Ruediger didapati bergaduh dan bertikam lidah.

Menurut laporan ESPN, insiden itu berlaku pada Selasa lalu yang difahamkan berpunca daripada terjahan keras Ruediger.

“Kimmich bengang dengan terjahan keras Ruediger menyebabkan kedua-duanya bertikam lidah dan hampir bertumbuk.

“Mujurlah pembantu jurulatih, Miroslav Klose segera memisahkan kedua-dua pemain sebelum berlaku kejadian lebih teruk,” kata sumber terdekat pasukan.

Selain pergaduhan, sesi latihan skuad Die Mannschaft turut diwarnai darah apabila kepala Julian Draxler terkena siku Leroy Sane.

Draxler terpaksa mendapatkan rawatan dan difahamkan luka itu tidak begitu serius dan beliau dapat kembali menjalani latihan selepas itu.

Dengan 13 hari lagi menjelang ketibaan Piala Dunia, banyak kerja perlu dilakukan skuad kendalian Joachim Loew yang sedikit bergelut dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini.

Mereka belum mencatat kemenangan dalam empat perlawanan terakhir yang mana kesemuanya berakhir dengan keputusan seri ketika bertemu England, Perancis dan Sepanyol, selain turut tewas 0-1 di tangan Brazil.

Selepas ini, skuad Die Mannschaft akan menghadapi dua aksi pemanas badan iaitu menentang Austria (2 Jun) dan Arab Saudi (8 Jun) sebelum berlepas ke Rusia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN