Kim Swee Tuntut Pemain Tingkatkan Prestasi Menentang Melaka United

Pengrurus skuad Malaysia bawah 23 tahun, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan pasukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan beraksi menentang Melaka United pada perlawanan persahabatan di ibu negara pada 14 Disember ini.

Beliau berkata venue perlawanan masih belum ditetapkan, namun pihaknya berusaha untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut di Stadium Shah Alam.

Bercakap kepada Sinar Harian, skuad bimbingan Kim Swee akan berangkat ke Korea Selatan pada 17 Disember ini bagi mengadakan kem latihan dan akan beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan yang telah diaturkan sebelum berangkat ke China pada awal Januari nanti.

“Mereka akan menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan di Korea Selatan dan China sebagai persediaan bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Changshu dan Kunshan, China bermula 10 Januari hadapan,” katanya.​​​​​​

Skaud negara berangkat lebih awal bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk di China nanti selain turut melibatkan pendekatan untuk meningkatkan mentaliti pemain iaitu ‘bermain untuk menang’.

“Kita harap berbekalkan persiapan ini, skuad B-22 negara dapat bermain dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa bersemangat untuk menang pada aksi di China nanti,” jelas Datuk Yusoff Mahadi.

Aksi penyerang skuad bawah 22 tahun negara, N. Thanabalan ketika perlawanan persahabatan menentang PJ Rangers kelmarin. (Gambar: FAM)

Sementara itu, Datuk Ong Kim Swee belum berpuas hati sekalipun anak buahnya membelasah PJ Rangers 8-2 dalam aksi persahabatan di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), petang tadi.

Menurutnya, masih banyak perkara yang harus diperbaiki barisannya terutamanya aspek kecergasan.

“Bukan keputusan yang jadi keutamaan saya tetapi saya menilai aspek keserasian antara pemain.

“Apapun, paling penting pemain tidak cedera namun masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi kecergasan. Lagipun, sekurang-kurangnya pemain dapat beraksi selama 45 minit,” katanya.

R Kogileswaran melakar hatrik dalam aksi itu manakala Hadi Fayyadh Abdul Razak menyumbat dua gol dan selebihnya gol skuad B-23 negara dijaringkan oleh Safawi Rasid, Jafri Firdaus Chew serta Sean Eugene Selvaraj.

Dua gol PJ Ranger pula dijaringkan Arif Anwar dan Izzat Ikmal Azpawi.

Kim Swee bagaimanapun merancang memberi peluang pemainnya beraksi lebih lama apabila menentang Melaka United (MU), minggu depan.

“Mungkin pemain dapat peluang beraksi 50 atau 60 minit. Paling penting saya mahu meningkatkan kecergasan pemain,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN