Kim Swee Pening Pilih 26 Pemain Terbaik Ke Korea Selatan

30 pemain yang menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia Bawah 23 Tahun sejak 27 November lalu mempamerkan persaingan sengit dalam usaha merebut tempat dalam skuad berkenaan.

Hal ini menyebabkan jurulatih skuad itu, Datuk Ong Kim Swee sukar memilih 26 pemain yang akan dibawa ke Mokpo, Korea Selatan untuk menjalani latihan pusat fasa kedua bermula Sabtu ini hingga 30 Disember.

Bercakap kepada Berita Harian, Kim Swee mengakui masih mempunyai tempoh tiga hari lagi sebelum mengumumkan senarai 26 pemain itu iaitu selepas aksi persahabatan berdepan Melaka, Khamis ini.

“Saya harap tempoh latihan (di Kuala Lumpur) tiga hari lagi kami mampu mencapai sasaran yang diinginkan termasuk dari aspek kecergasan dan sistem permainan.

“Semua pemain berusaha gigih dan ia menyukarkan saya membuat pilihan. Pemain B-19 juga dilihat cuba menunjukkan sesuatu untuk disenaraikan dalam skuad dan buat masa ini saya belum membuat sebarang keputusan,” jelasnya.

Sesi latihan kecergasan pemain di wisma FAM  (Gambar: FAM)

Kim Swee turut mengesahkan tiada sebarang layanan istimewa akan diberikan kepada pemain skuad bawah 23 tahun negara apabila hanya yang terbaik akan disenaraikan membawa cabaran Malaysia pada pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari ini.

“Saya perlu memilih 26 pemain untuk ke Korea Selatan. Selepas persiapan di sana, saya akan senaraikan 23 pemain terbaik untuk ke China (bagi mengharungi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018),” katanya.

Selain menjalani latihan pusat di Mokpo, skuad Kim Swee dijadualkan akan mengharungi tiga aksi persahabatan antarabangsa iaitu pada 22, 25 dan 28 Disember.

Kemudian, skuad B-23 akan terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari dengan satu perlawanan persahabatan antarabangsa diatur pada 5 Januari iaitu bertemu satu pasukan daripada kumpulan lain yang turut akan beraksi pada Kejuaraan B-23 AFC 2018.

INFOGRAFIK : Datuk Ong Kim Swee telah memilih 30 pemain terbaik yang bakal membawa cabaran negara di kejohanan AFC Bawah 23 Tahun pada januari depan.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu, China pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Perlawanan persahabatan dan latihan di Korea Selatan juga bertujuan menyesuaikan pemain dengan cuaca sejuk di negara berkenaan yang menyamai cuaca sebenar di China kelak.

“Seramai 25 pemain akan dibawa ke Korea Selatan dan hanya 23 disenaraikan ke China bagi menghadapi saingan getir tiga pasukan gergasi Asia Barat iaitu Iraq, Jordan dan Arab Saudi dalam Kumpulan C.

“Kita juga berlepas lebih awal ke China, sekali gus berkesempatan mengadakan beberapa perlawanan di negara itu. Apa yang penting, pemain dapat membentuk permainan terbaik dan keserasian lebih jitu sebelum perlawanan sebenar,” katanya

Selain itu, Kim Swee mengesahkan tonggak tengah, Daniel Ashraf Abdullah kini bergelut dengan masalah kecederaan belakang yang serius.

“Ia kecederaan lama yang dihadapi Daniel. Adam Nor Azlin pula mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan beberapa hari untuk pulih manakala Matthew Davies akan kembali menjalani latihan bersama pasukan,” katanya kepada berita harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN