Kim Swee: “Memang Kecewa Tewas Begini, Tetapi Dunia Belum Kiamat!”

Sabah JDT Ong Kim Swee Kata Dunia Belum Kiamat

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee meminta penyokong supaya lebih bertenang berdepan kekalahan 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana dunia belum kiamat dalam aksi di Stadium Likas, malam tadi.

Beliau dipetik berkata sedemikian dalam sidang media sejurus perlawanan menentang JDT yang menyaksikan Sabah dikecewakan di masa kecederaan, minit ke-95 hasil jaringan Fernando Forestieri. Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan 1-1 dan pengadil telah memberikan tambahan masa selama lima minit.

Para penyokong dilihat meluahkan rasa kecewa dengan membaling botol dan sebagainya ke padang sebagai menunjukkan rasa kecewa terhadap mutu pengadilan perlawanan tersebut yang dikatakan memihak kepada skuad Harimau Selatan. Kim Swee tidak menyokong tindakan sebegitu walaupun beliau juga jelas kecewa.

@cacingturki1

Sabah vs johor #johor #jdt #fyp #sabahfc

♬ original sound – CacingTurki – CacingTurki

Kim Swee: Saya boleh didenda jika beri komen

“Ini adalah isu sensitif. Jika saya mahu komen tentang pengadil, saya mungkin didenda 10 perlawanan atau denda berbentuk kewangan. Saya telah bercakap dengan pengadil dan anda juga lihat bagaimana saya cuba mengawal tindakan penyokong daripada membaling botol ke padang. Saya kata, jangan lakukannya.”

“Tetapi jika ia di luar kawalan saya, apa saya boleh buat? Macam saya kata, akhirnya kita perlu melihat keseluruhannya. Apa yang kita perlu lakukan selepas ini? Seperti yang saya katakan, sangat mengecewakan untuk tewas dengan cara sebegini tetapi anda tidak boleh nafikan yang JDT adalah pasukan yang hebat.”

Datuk Ong Kim Swee, Sidang media Sabah-JDT

Kim Swee mungkin tidak mahu mengambil risiko didenda sekiranya memberikan komen yang menggugat keputusan pengadilan perlawanan itu Beliau kecewa tetapi dalam pada masa yang sama cuba realistik.

Apa juga komen negatif selepas perlawanan tidak membantu pasukan, malah lebih memburukkan situasi.

Dunia belum kiamat bila kalah kepada JDT, kata Kim Swee

“Mereka [JDT] kekang kita daripada bermain, mereka ada segalanya dan menang dari segenap sudut. Kita perlu belajar daripada ini. Dunia belum kiamat! Bagi saya, kita masih ada banyak perlawanan.”

“Perlawanan ini sudah berakhir dan berlalu. Saya tahu ia sangat mengecewakan terutamanya kepada penyokong tetapi saya mahu katakan sesuatu kepada penyokong. Kehadiran mereka memenuhkan stadium bagus tetapi tindakan yang telah dilakukan mereka pada malam ini sepatutnya tidak dilakukan.”

Ada benarnya kenyataan bekas pengendali skuad kebangsaan itu apabila mengatakan masih ada banyak perlawanan untuk diberikan fokus, bukan hanya JDT. Selepas ini The Rhinos berdepan cabaran Terengganu FC pada Selasa dan Selangor FC pada Sabtu untuk suku akhir Piala FA. Liga Malaysia bukan hanya tentang JDT.

Liga Super: Gol Minit Akhir Forestieri Berjaya Pacu Kemenangan Buat JDT Di Likas

Perlawanan diwarnai dengan tiupan wisel pengadil

Sebelum itu, aksi yang boleh dikatakan sebagai perebutan takhta liga antara Sabah dan JDT berjalan sengit. Sabah yang turun dengan sokongan penuh penyokong di laman sendiri berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-19 menerusi pemain tengah, Park Tae-su yang menewaskan Farizal Marlias dengan rembatan deras.

Skuad Harimau Selatan tidak menanti lama untuk menyamakan kedudukan dan di minit ke-26, Fernando Forestieri melakar jaringan selepas menerima hantaran lintang pemain sayap, Arif Aiman Hanapi di kanan.

Perlawanan juga sering dihiasi dengan tiupan wisel oleh pengadil perlawanan apabila banyak kekasaran melibatkan kedua-dua pasukan tersebut yang telah berlaku sejak separuh masa pertama permainan lagi.

Forestieri mengesahkan kemenangan tersebut apabila berjaya meledak gol kedua buat JDT pada minit ke-95 menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk mengecewakan ribuan para penyokong tuan rumah.

Kekalahan ini menyaksikan Sabah semakin dijarakkan kedudukan oleh JDT yang kini mengumpul 26 mata, sementara The Rhinos pula mengumpul 22 mata. Masih berbaki 11 perlawanan untuk Sabah mengukuhkan kedudukan kedua mereka. Mereka hanya dipisahkan dua mata daripada Negeri Sembilan FC di tangga ke-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN