Kim Swee Berpuas Hati Dengan Peningkatan Corak Permainan

Semalam, skuad Malaysia Bawah 23 Tahun negara mencatat kemenangan tipis, 1-0 ke atas pasukan semi-pro, Honam University hasil jaringan daripada Kogileswaran pada minit ke 84 pada aksi persahabatan.

Sebelum itu, pasukan negara sekadar berpuas hati dengan keputusan 1-1 dengan pasukan dari divisyen 3 Liga Korea, Mokpo City FC.

Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee nyata berpuas hati dengan peningkatan corak permainan dipamerkan pemainnya selepas mengharungi dua aksi persahabatan di Mokpo, Korea Selatan setakat ini.

Beliau bercakap kepada Bernama meminta anak didiknya supaya mengekalkan aksi konsisten dalam aksi persahabatan terakhir menentang Jeonju Citizen pada 28 Disember ini, sebelum mereka berlepas ke China untuk fasa latihan terakhir.

“Peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan bertambah baik dan kita harus kekalkan corak yang konsisten pada perlawanan persahabatan terakhir 28 Dis ini,” kata Kim Swee kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp.

Kim Swee turut menjelaskan tiada kelemahan ketara selepas dua perlawanan namun meminta pemain yang beraksi pada perlawanan itu supaya bijak mengawal asakan pihak lawan selain beraksi mengikut permainan sendiri jika diberi peluang beraksi pada perlawanan persahabatan seterusnya.

Jelasnya, pemain sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk di Korea Selatan ketika ini dan yakin mereka mampu menghadapi keadaan tersebut sehingga berakhirnya kem latihan pusat di negara berkenaan pada 30 Disember ini.

Skuad negara bergambar dengan pemain Mokpo City sebelum perlawanan bermula. FOTO: FAM

Menurut Kim Swee lagi, 26 pemain yang dibawa ke Korea Selatan akan diberi peluang sama rata pada aksi persahabatan bagi membuktikan keupayaan masing-masing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Kombinasi terbaik berkemungkinan besar akan diturunkan ketika perlawanan terakhir di China sebelum perlawanan pertama Kumpulan C menentang Iraq pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China.

“Buat masa ini, kesemua pemain akan diberi ruang yang sama bagi memastikan setiap pemain faham corak taktikal sebenar pasukan kita sebelum berangkat ke China, nanti,” kata Kim Swee.

Kesebelasan utama skuad negara menentang Mokpo City hari ini. FOTO: FAM

Skuad muda negara ‘berkampung’ di Korea Selatan sejak 17 Dis lepas untuk sesi latihan dan aksi persahabatan bagi menghadapi pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak AFC B-23 2018 di China, Januari depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Iraq, Jordan dan Arab Saudi pada kejohanan yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 27 Jan 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN