Kim Pan-gon: “Tekanan Akan Berada Pada Lawan Malaysia”

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon tampil dengan optimis untuk perjalanan skuad kendaliannya Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Qatar.

Malah, beliau menyifatkan pasukan lawan kini mungkin berada dalam tekanan yang ingin mencipta kemenangan pada aksi bertemu Malaysia pada saingan tersebut nanti.

Skuad negara telah diletakkan dalam Kumpulan E sebelum itu bersama Jordan, Bahrain, serta Korea Selatan dengan membawa misi tersendiri dalam kejohanan tersebut.

Pengendali tersebut juga turut berharap supaya Harimau Malaya dapat mengawal permainan dengan baik untuk menambah keyakinan para pemain sendiri di atas padang.

Selain itu, pengendali dari Korea Selatan tersebut mahu memberi tumpuan kepada posisi pertahanan serta situasi sepakan percuma ketika permainan berlangsung.

“Tekanan akan berada pada lawan Malaysia, kerana pasukan tersebut akan mengharapkan kemenangan, manakala bagi Malaysia, satu seri sudah cukup baik.

“Jika Malaysia dapat menjaga permainan dengan baik, memberi tekanan pada pasukan lawan mereka, ia akan meningkat keyakinan dan boleh mencipta sesuatu seperti mendapatkan jaringan.

“Di sebab itu kita akan memberi tumpuan lebih kepada aspek pertahanan dan juga sepakan bola mati,” jelas Kim menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Seterusnya, Kim turut yakin dengan barisan pemain negara yang dianggap mampu memberi persaingan buat negara lain walaupun memiliki jurang daripada segi ranking serta fizikal pemain.

Tampil pada awal musim 2022, banyak perubahan telah dilakukan oleh Kim buat bola sepak negara menerusi sentuhan berbisa beliau bersama barisan kejurulatihan lain.

Paling dikenang pastinya kejayaan Kim membawa Harimau Malaya untuk mara ke saingan Piala Asia 2023 secara merit di hadapan ribuan penyokong setia pasukan kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Malah, jurulatih tersebut turut memperbaiki kedudukan ranking negara dengan begitu pantas daripada 150 ke 130 dunia selepas kemenangan demi kemenangan diraih.

Kini, sentuhan pengendali tersebut terus ditagih untuk memacu pasukan kebangsaan mencapai kedudukan lebih baik pada saingan Piala Asia yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN