“Kim Pan-gon Tak Profesional” – FAM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin tampil dengan pendedahan eksklusif selepas bekas jurulatih Malaysia iaitu Kim Pan-gon sah melepaskan jawatannya sebelum itu.

Terdahulu, Kim sah melepaskan jawatan selaku pengendali utama Harimau Malaya tatkala perjalanan bola sepak Malaysia dilihat berada pada tahap terbaik bawah kendaliannya.

Kejutan dilakukan itu menyaksikan ramai peminat bola sepak Malaysia seolah menyalahkan FAM dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada badan tersebut di media sosial.

Malah, Hamidin sendiri menjadi mangsa kritikan penyokong dengan sesetengah peminat menganggap kredibiliti beliau selaku presiden FAM menjadi asbab peletakan jawatan Kim.

Tampil memperbetulkan keadaan, Hamidin mengakui FAM sebenarnya menjadi mangsa keadaan atas tindakan telah dilakukan oleh Kim sebelum itu.

Kim Pan-gon: “Saya Minta Maaf”

Malah, beliau juga mendedahkan cerita sebenar demi mengelakkan lebih banyak tohmahan-tohmahan tidak berasas daripada peminat di media sosial.

Menurut beliau, Kim telah pun menyatakan kepada Hamidin untuk meletak jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan atas masalah keluarga walaupun memiliki baki kontrak setahun setengah bersama Malaysia.

“Selepas aksi lawan Taiwan, dia (Pan Gon) bercuti dan apabila balik, dia begitu tergesa-gesa bahawa dia nak saya lepaskan kontrak (lebih awal). Dua timbalan presiden FAM jadi saksi. Dia nyatakan ada masalah dengan isteri dan keluarga dia.

“Saya kata anda ada kontrak lagi, cuba fikirkan (untuk kekal sekurang-kurangnya) sampai hujung tahun depan untuk saya cari pengganti. Selepas itu dia jumpa saya lagi, kata nak putuskan (tamatkan kontrak) juga.

“Apa yang mengecewakan dan buatkan saya sedih, akhirnya kita dapat tahu bahawa dia sudah berurusan dengan Ulsan HD. Maka di sini, dia tidak profesional.

“Akhirnya FAM yang jadi mangsa. Bagaimana kita menjaga dia, tapi dapat tawaran lebih baik dia tinggalkan kita. Jadi FAM tak boleh dipersalahkan,” kata beliau menerusi laporan Berita Harian.

Kesan peletakan jawatan Kim itu menyaksikan sekelompok besar peminat bola sepak Malaysia dikatakan mula memboikot saingan Pestabola Merdeka akan datang kerana tidak berpuas hati kepada FAM.

Disebabkan itu Hamidin mahu mereka untuk memikirkan semula perkara tersebut dan menyeru lebih ramai datang ke stadium memberi sokongan buat Harimau Malaya.

“Ini masa untuk penyokong menyokong pasukan dalam usaha kita terus memperbaiki ranking dan itu harapan saya.

“Kalau mereka (penyokong) ada perkara yang nak tahu mengenai fakta, mereka boleh jumpa pegawai FAM untuk kita terangkan dan saya menyeru mereka boleh memikirkan balik untuk kembali menyokong,” kata beliau akhir sekali.

Kim sebelum ini dianggap sebagai salah satu jurulatih paling hebat pernah dimiliki Malaysia selepas kejayaan beliau memastikan skuad kebangsaan melayakkan diri ke pentas Piala Asia di Qatar.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN