Kim Pan-gon Sudah Dapat Bayangan Skuad Utama Untuk Piala Asia

Pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon mengakui kini mengakui beliau sudah pun mendapat bayangan untuk barisan pemain terbaik beliau sebelum menghadapi kejohanan Piala Asia tahun hadapan.

Seperti diketahui, Kim memegang jawatan selaku pengendali skuad kebangsaan sejak tahun lalu dan sudah pun menggunakan ramai pemain untuk dinilai dalam beberapa aksi antarabangsa.

Malah, pengendali tersebut juga turut memanggil ramai muka-muka baharu serta bakat muda dalam kem latihan kebangsaan bagi terus menilai pemain yang layak untuk ke saingan Asia tahun hadapan.

Namun kini, Kim menyatakan beliau sudah pun menemui senarai pemain yang layak untuk menyarung jersi kebangsaan bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan berlangsung November ini selain kejohanan besar pada awal tahun hadapan.

Menurut pengendali itu, 25 pemain utama yang dipanggil bersama 27 lagi barisan simpanan merupakan yang terbaik kini beraksi dalam saingan domestik bersama pasukan masing-masing selain bermain di luar negara.

Selain itu, Kim juga menjelaskan senarai pemain yang dipanggil bukan sahaja berada dalam prestasi terbaik mereka tetapi faktor kesesuaian taktikal dan teknikal turut menjadi keutamaan pengendali tersebut.

“Ketika ini kita berada pada situasi terbaik, sudah tentu ada beberapa muka baru kerana ada antara mereka memiliki tahap yang sama.

“Di mana ada yang cukup baik dan ada juga dipilih kerana dilihat sesuai dengan taktikal dan teknikal pasukan, serta ada diletakkan dalam senarai menunggu.

“Berdasarkan keseluruhan senarai termasuk dalam senarai menunggu, ini adalah barisan kemungkinan yang akan bermain di Piala Asia dan Kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Antara nama yang menjadi tumpuan dipanggil kali ini untuk kejohanan Pestabola Merdeka sudah tentu terarah kepada penjaga gol utama Terengganu iaitu Suhaimi Husin.

Suhaimi ketika ini boleh dianggap berada dalam momentum terbaik bersama Sang Penyu, dan sudah tentu Kim ingin menguji pemain tersebut untuk dinilai jika beliau layak atau tidak ke saingan Piala Asia.

Pemain lain yang terus mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Faisal Halim yang dianggap sebagai kunci utama kekuatan Malaysia sejak bawah kendalian Kim.

Arif Aiman, Nooa Laine dan Azam Azmi Murad menjadi antara bintang muda yang dipilih Kim untuk memperkuatkan skuad kebangsaan menerusi momentum semasa dipamerkan mereka bersama kelab masing-masing.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN