Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menjadi antara yang sangat kecewa selepas skuad kendaliannya mencatat kekalahan 0-2 kepada Tajikistan dalam aksi akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pada perlawanan tersebut, Malaysia gagal untuk memenuhi jangkaan ramai di pentas akhir saingan tersebut selepas tampil dengan serba longlai sehingga beberapa kesilapan dibuat membuka peluang buat lawan mendapatkan gol.
Malaysia 🇲🇾
NAIB JUARA 🥈
Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/M2zJsJKqVS— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 17, 2023
Walaupun merekodkan kekalahan tersebut, Kim enggan meletakkan sebarang kekalahan kepada para pemain dan meminta semua orang tidak memberi kritikan kepada anak-anak buahnya kerana keputusan tersebut.
Sebaliknya, Kim secara terbuka menerima kritikan daripada semua orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dengan tidak menyerang para pemain dengan komen tidak sepatutnya.
Malah, Kim juga mengakui beliau sangat kecewa dengan keputusan tersebut selepas Malaysia pernah tewas pada tahun lalu dan pengendali tersebut tidak mahu mengulanginya lagi.
“Pertama sekali, saya ingin minta maaf kepada penyokong bola sepak Malaysia yang meletakkan jangkaan tinggi untuk menjulang kejuaraan tersebut selepas beberapa tahun kita tak meraih apa-apa.
“Sebagai jurulatih, saya meminta maaf dengan keputusan diperoleh itu. Saya masih berbangga dengan pemain bawah kendalian ini dengan kita beraksi menentang lawan di ranking yang tinggi tetapi kita masih boleh menyerang mereka dan menguasai permainan.
“Sebelum ini saya pernah menyatakan suatu hari kita pasti akan tewas, walaupun kita masih memberi saingan tak bermakna kita akan sentiasa mencapai kemenangan.
“Semua orang akan membuat silap, dan itulah yang sudah ditunjukkan mereka dan kami akan mempelajari kesilapan tersebut serta saya juga sering mengingatkan pemain mengenai mentaliti kemenangan tapi ia tidak bermakna kami akan sentiasa mencapai kemenangan.
“Saya yang pilih kesebelasan utama, dan saya yang tentukan siapa patut ditukarkan, dan semua berlaku atas saya bukan ke atas para pemain dan jika diikutkan pemain di Piala Dunia turut membuat kesilapan.
“Pemain sudah pun memberi 120% untuk aksi kali ini, tetapi mereka tidak dapat memberikan keputusan lebih baik buat pasukan.
“Kami mewakili Malaysia, kami berjuang untuk Malaysia, dan semua penyokong menyokong kami dan bila kita tewas semua perlu turut bersama juga daripada bergaduh sesama sendiri,” ujar Kim.
Keputusan Masa Penuh
🏆 Final Pestabola Merdeka 2023 | Selasa, 17 Oktober 2023
MALAYSIA 🇲🇾 0-2 🇹🇯 TAJIKISTAN
⚽️ Rustam Soirov 44' Shahrom Samiev 88' #FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/Iiqsen8yy8
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 17, 2023
Menerusi kekalahan itu, moga ianya dapat memberi suatu pengajaran sangat berguna kepada skuad kebangsaan untuk tampil bangkit lebih bagus pada masa akan datang.
Malah, ia memberi pengajaran terbaik untuk anak-anak buah Kim mengenal pasti dimana kelemahan mereka sebelum saingan Piala Asia bermula pada tahun hadapan.