Kim Pan-gon Sedia Rangka Pelan Untuk Hadapi Oman

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon pastinya tidak akan terus duduk diam selepas melihat kekalahan dialami pasukannya ketika berdepan Oman beberapa hari lalu di gelanggang lawan.

Untuk aksi keempat saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D, Malaysia sekali lagi bakal menghadapi cabaran Oman dengan aksi kali ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Terdahulu, skuad kebangsaan mencatat kekalahan sulung mereka di peringkat kumpulan selepas Oman tampil mencipta kemenangan 0-2 mengatasi anak-anak buah Kim di laman sendiri.

Kekalahan tersebut menghentikan seketika momentum positif Malaysia yang sebelum ini gah mencipta dua kemenangan berturut-turut ketika mengatasi Kyrgyzstan serta Taiwan untuk mengumpul enam mata.

Keputusan negatif itu menyaksikan Harimau Malaya berada di tangga ketiga peringkat kumpulan kini dan siri kebangkitan perlu dilakar Malaysia jika mereka ingin beraksi di pusingan seterusnya.

Untuk aksi seterusnya ini, Kim pasti ingin menggunakan aura di SNBJ sebagai titik kebangkitan mereka untuk meraih kembali tiga mata penting bagi mengatasi cabaran Oman.

Apatah lagi, SNBJ juga bukan lagi sesuatu yang asing buat Kim sepanjang beliau bergelar jurulatih utama pasukan kebangsaan dengan pelbagai kemenangan dan kejayaan sudah dikecapi di sana.

Malah jurulatih dari Korea Selatan itu mengakui suasana di SNBJ mampu untuk memberi keputusan positif buat pasukan kebangsaan pada aksi Selasa ini.

“Sekarang (perlawanan pertama) tahap fizikal kami tidak berada pada tahap yang diharapkan namun apabila bermain di gelanggang sendiri ia pasti berbeza. Harapannya adalah kami akan terus mencuba dan kami kena teruskan harapan.

“Apa juga situasinya, kita masih ada tiga perlawanan lagi, jadi lebih baik bersikap positif dan melihat lebih ke depan. Kami akan merangka pelan untuk menghadapi satu lagi perlawanan dengan Oman.

“Saya tidak ada rungutan terhadap pemain, kekal hargai sumbangan mereka yang mencuba sehabis baik. Kita tahu peminat mungkin kecewa tetapi kami akan cuba bersiap sedia utuk berikan aksi terbaik,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Untuk aksi akan datang, pastinya perancangan lebih teliti bakal dilakukan Kim dengan pelbagai kelemahan sudah tentu telah dikesan beliau pada aksi yang berlangsung di Muscat, Oman.

Beberapa rombakan dalam kalangan pemain juga mungkin turut dilakukan oleh barisan kejurulatihan kebangsaan untuk memastikan Harimau Malaya terus kekal garang di laman sendiri.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN