Kim Pan-gon Sedia Gegar Di Saingan Utama Korea Selatan

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon nampaknya tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan kelab baharu pada masa hadapan, selepas dirinya kini dikatakan sudah pun mendapat perhatian banyak perhatian kelab lain.

Terbaharu, Kim dilaporkan bakal menyertai saingan K League 1 bersama Ulsan HD menerusi perkongsian dibuat oleh Korean Football News di media sosial X.

Ulsan HD kini sedang beraksi dalam saingan utama K League 1 dan kelab tersebut dijenamakan semula daripada Ulsan Hyundai sebelum itu.

Terdahulu, Ulsan HD telah melepaskan pengendali utama mereka iaitu Hong Myung-bo yang dilantik selaku jurulatih utama buat skuad kebangsaan Korea Selatan.

Menerusi khabar angin yang tersebar luas di media sosial, ianya dianggap tidak mustahil untuk Kim kembali ke negara kelahirannya setelah beliau berkelana di Malaysia.

Dengan posisi jurulatih kelab tersebut yang masih tidak diisi sesiapa, maka ia menjadi peluang terbaik sebenarnya buat Kim untuk menggegarkan saingan liga di sana.

Musim lalu menyaksikan Ulsan HD menamatkan cabaran liga di tangga kedua dan mereka turut mendapat slot untuk ke pentas saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini .

Kepakaran dan kemahiran dimiliki bekas jurulatih utama Harimau Malaya ini sudah tentu bakal memberi nilai tambah terbaik buat pasukan itu di pentas Asia.

Rekod Kim bersama Ulsan HD bukan lagi suatu yang asing kerana beliau pernah beraksi di sana pada era 90 an bersama kualiti cukup menyakinkan.

Terdahulu, Kim mengejutkan dunia bola sepak Malaysia apabila dirinya melepaskan jawatan selaku pengendali utama Harimau Malaya menerusi perkongsian rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi perkongsian FAM, Kim menyatakan beliau dengan rasa sedih ingin menyampaikan hal pelepasan jawatan beliau untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan pada masa hadapan.

“Hari ini, saya ada cerita sedih ingin meminta maaf untuk berkongsikan mesej kepada anda semua.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk mengundurkan diri selaku Ketua Jurulatih untuk pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi.

“Saya minta maaf jika keputusan dilakukan saya ini bakal membuatkan anda semua berasa kecewa,” ulas Kim pada sesi sidang media menerusi perkongsian FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN