Kim Pan-gon: “Saya Minta Maaf”

Pengendali utama Harimau Malaya, Kim Pan-gon secara rasminya telah pun melepaskan jawatan beliau selaku jurulatih skuad kebangsaan sebentar tadi setelah ia diumumkan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terdahulu, beberapa kenyataan di media sosial telah pun memberi bayangan pengendali itu tidak lagi akan bersama Malaysia dengan menyatakan Kim bakal melepaskan jawatan tersebut.

Menerusi perkongsian FAM, Kim menyatakan beliau dengan rasa sedih ingin menyampaikan hal pelepasan jawatan beliau untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan pada masa hadapan.

“Hari ini, saya ada cerita sedih ingin meminta maaf untuk berkongsikan mesej kepada anda semua.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk mengundurkan diri selaku Ketua Jurulatih untuk pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi.

“Saya minta maaf jika keputusan dilakukan saya ini bakal membuatkan anda semua berasa kecewa,” ulas Kim pada sesi sidang media menerusi perkongsian FAM.

Ianya jelas merupakan satu kejutan cukup besar buat peminat bola sepak tanah air selepas pengumuman tersebut berlaku kerana Kim boleh dianggap sebagai salah satu jurulatih cukup cemerlang di Malaysia.

Melayakkan skuad Harimau Malaya secara merit buat kali pertama ke pentas Piala Asia 2023 adalah sentuhan paling bermakna pernah dilakukannya buat para penyokong bola sepak tempatan.

Apa tidaknya, Kim menamatkan penantian selama 41 tahun buat Malaysia untuk melayakkan diri secara merit ke saingan terbesar di Asia itu yang selama ini hanya terus menjadi impian ramai.

Walaupun keputusan Malaysia di Qatar tidak begitu memberansangkan, kejayaan Kim untuk mengangkat maruah negara tidak boleh dipertikaikan kerana beliau memastikan kejutan berlaku untuk mengikat Korea Selatan 3-3.

Ketiadaan beliau selepas ini kerana peletakan jawatan selaku pengendali negara pasti menjadi persoalan cukup besar dalam kalangan peminat bola sepak untuk mengetahui siapa pengganti masa hadapan.

Tatkala beliau sendiri sebelum itu tampil bersemangat untuk mencipta serta menysun pelbagai perancangan demi menaikkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, perkara sedemikian pula berlaku.

Untuk masa hadapan, FAM pastinya memiliki percaturan cukup besar selepas ini perlu dibuat untuk mendapatkan pengganti sehebat Kim untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

Selain Kim, staf kejurulatihan yang pernah dibawa beliau sebelum ini termasuk Pau Marti dan lain-lain akan terus kekal mengendalikan Harimau Malaya lagi dengan Marti sendiri dilantik selaku pemangku jawatan tersebut.

Rakyat Malaysia pastinya akan merindui semangat dan sikap beliau yang begitu memfokuskan pasukan dari tepi padang selepas ini untuk memastikan yang terbaik buat Harimau Malaya.

Apapun, kami di Semuanya BOLA terus mengharapkan yang terbaik buat Harimau Malaya di pentas antarabangsa selepas ini walau Kim tidak lagi bersama pasukan.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN