Kim Pan-gon Mahu Kaji Semula Corak Permainan Harimau Malaya

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon sedia mencipta kebangkitan kembali buat pasukan beliau untuk menghadapi aksi keempat saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2024 menentang Oman.

Terdahulu, skuad kendaliannya mencatat kekalahan 0-2 di tangan Oman ketika aksi berlangsung awal pagi tadi di gelanggang lawan bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Melihat pada kelemahan-kelemahan dihadapi para pemain sepanjang aksi tersebut berlangsung, pastinya Kim kini mempunyai perancangan cukup besar untuk memperbaikinya menjadi lebih baik.

Menurut Kim, beliau memberi jaminan untuk kembali mencipta kebangkitan selepas mengalami kekalahan sulung tersebut di pentas antarabangsa pada tahun ini.

Walaupun tewas, pengendali berpengalaman dari Korea Selatan itu tetap tampil dengan memberi pujian penuh kepada para pemain yang berjaya memberi aksi terbaik sepakjanh saingan berlangsung.

Dalam tempoh yang ada, Kim jelas ingin menggunakannya untuk membuat persediaan terbaik sebelum menghadapi lawan yang sama di gelanggang sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Kami perlu mengkaji semula corak permainan dengan pantas, cepat pulih dari segi fizikal dan bersedia untuk satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Beraksi di laman sendiri, pastinya situasi akan berbeza kerana ia bakal memberi kelebihan buat para pemain untuk mendapat sokongan moral daripada para penyokong setia Harimau Malaya.

“Perlawanan di tempat sendiri sepatutnya berbeza. Bagaimanapun kami mesti mengekalkan harapan dalam apa jua keadaan, kami mempunyai tiga perlawanan lagi,” katanya lagi.

Pada masa sama, Kim enggan menggunakan alasan isu kecergasan dalam kalangan pemain sebagai punca kekalahan mereka pada perlawanan tersebut.

Ketika ini, Malaysia berada di tangga ketiga peringkat Kumpulan D dengan mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan dilalui dan dianggap masih berpeluang untuk cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Baki tiga lagi perlawanan pastinya menjadi keutamaan Kim kini untuk memastikan pasukan kebangsaan tidak keciciran sebarang mata untuk mencerahkan peluang mereka mara lebih jauh serta merebut slot ke saingan Piala Asia 2027.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN