Kim Pan-gon Korbankan Arif Aiman, Faisal Halim & Darren Lok Berdepan Tajikistan

Malaysia King's Cup 2022

Seperti yang ‘dijanjikan’ Kim Pan-gon, Malaysia tampil dengan rombakan dan ia melibatkan jentera serangan, tentunya trio sensasi negara.

Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Darren Lok diketepikan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk final 48th King’s Cup 2022 berdepan Tajikistan di 700th Anniversary Stadium, Chiang Mai, pada malam ini.

Selain mereka bertiga, Nor Azam Azih juga tiada dalam kesebelasan utama dan bangku simpanan disebabkan layangan kad merah sebelum ini.

Azam menerima layangan kad kuning kedua dan kad merah selepas membuat terjahan keras terhadap pemain Thailand di penghujung aksi. Natijahnya, Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain di saat ‘Gajah Perang’ ghairah memberikan tekanan terhadap benteng skuad negara.

Dalam senarai kesebelasan utama yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, dapat dilihat perubahan berlaku di jentera serangan dengan penyenaraian gandingan lebih segar jadi pilihan.

Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad jadi taruhan untuk menjadi penggempur utama kubu Tajikistan yang sangat ampuh ketika ini.

Mengapa dikatakan kubu mereka sangat ampuh pada ketika ini? Mereka hanya melepaskan tiga gol dalam tujuh perlawanan sepanjang tahun 2022.

Ini bukan kali pertama Kim pamer keberanian dalam percaturan pemain.

Dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada Jun lalu, Malaysia menang 3-1 ke atas Turkmenistan dalam aksi pertama. Dan untuk perlawanan kedua berdepan lawan yang sukar, Bahrain, Kim dengan beraninya membuat perubahan pemain dalam kesebelasan utamanya berbanding aksi pertama.

Tiada kelibat Safawi Rasid, Nor Azam Azih, Faisal Halim dan Arif Aiman untuk menentang Bahrain yang jauh lebih kuat daripada Turkmenistan.

Beliau memberi kepercayaan kepada Sumareh, Nazmi Faiz Mansor, Junior Eldstal dan Akhyar Rashid untuk diturunkan terlebih dahulu. Ia memberikan dimensi berbeza apabila empat perubahan dibuat dalam perlawanan kedua.

Harimau Malaya hampir membuat kejutan ke atas lawannya itu sebelum jaringan di minit ke-81 memberikan tiga mata berharga buat Bahrain.

Adakah gandingan segar ini mampu untuk menghadirkan sesuatu yang menggembirakan kepada Harimau Malaya serta para penyokong?

Tempat Azam dilihat diambil alih oleh Nazmi Faiz Mansor dan akan bergandingan bersama Brendan Gan untuk merencana asakan.

Berdasarkan senarai kesebelasan utama ini, dijangka tiada perubahan dalam formasi taktikal skuad kebangsaan kerana penggantian pemain dilihat sebagai penggantian terus mengikut posisi pemain tersebut.

Untuk rekod, Malaysia pernah menang sekali dan tewas sekali berdepan Tajikistan. Malaysia menang 1-0 dalam aksi persahabatan pada November 2019 dan tewas 1-4, juga dalam aksi persahabatan pada Ogos 2014. Malaysia akan berdepan Tajikistan di final King’s Cup 2022, malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN