Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon telah membuat keputusan dengan beliau akan membawa 23 pemain sahaja untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023.
Dalam siaran yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kim telah membuat keputusan untuk membawa 23 pemain sahaja dengan beberapa nama berpotensi digugurkan.
Antarannya adalah duo pemain PJ City iaitu Kalamullah Al-Hafiz dan juga R. Kogileswaran selain pertahanan muda Terengganu – Shahrul Nizam.
Kogileswaran yang menjadi antara pemain yang disenangi penyokong Harimau Malaya disisihkan oleh Kim yang lebih mahukan pemain lain mengisi tempatnya.
Selain tiga pemain yang disebutkan sebentar tadi, Liridon Krasniqi dan Afiq Fazail turut digugurkan oleh Kim.
Ini menjadikan tiga pemain dari Johor Darul Ta’zim tidak menyertai skuad 23 pemain Harimau Malaya selepas Syahmi Safari baru-baru ini dilepaskan atas faktor kesihatan.
Seorang lagi pemain yang digugurkan adalah Norshahrul Idlan Talaha.
Sebaliknya, Kim memilih untuk terus setia dengan pemain-pemain yang ‘diminati’ ramai penyokong bola sepak negara seperti Mohamadou Sumareh dan juga Guilherme De Paula.
Berikut merupakan senarai penuh 23 pemain skuad kebangsaan untuk kelayakan Piala Asia 2023:
Penjaga gol
- Farizal Marlias
- Khairulazhan Khalid
- Syihan Hazmi
Pertahanan
- Dion Cools
- Shahrul Saad
- La’vere Corbin Ong
- Matthew Davies
- Dominic Tan
- Junior Eldstal
- Khuzaimi Piee
- V. Ruventhiran
Tengah
- Safiq Rahim
- Nazmi Faiz Mansor
- Syamer Kutty Abba
- Azam Azih
Penyerang
- Arif Aiman
- Safawi Rasid
- Akhyar Rashid
- Mohamadou Sumareh
- Guilherme De Paula
- Syafiq Ahmad
- Darren Lok