Kim Pan-gon Fokus Mahu Bawa Malaysia Ke Piala Asia 2027

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon terus tampil bersemangat dalam usaha beliau untuk membawa nama skuad kebangsaan ke peringkat lebih tinggi di pentas antarabangsa pada masa hadapan.

Walaupun beliau tidak dapat memastikan Malaysia ke pusingan ketiga siri Kelayakan Piala Dunia 2026 serta meraih slot automatik bagi kejohanan Piala Asia 2027, secara keseluruhan kualiti dimiliki beliau untuk membentuk pasukan kebangsaan jelas mendapat pujian ramai.

Sejak kehadiran Kim bersama pasukan negara, impian kebanyakan penyokong untuk melihat nama Malaysia gah di pentas antarabangsa terus cerah walaupun ada beberapa sisi kelemahan masih perlu diperbaiki.

Ini termasuklah siri kejayaan Malaysia untuk mengejutkan beberapa pasukan gergasi di pentas antarabangsa selain corak permainan juga jelas semakin meningkat.

Terkini, pengendali dari Korea Selatan itu memasang tekad untuk memastikan Harimau Malaya layak ke saingan Piala Asia 2027 bagi kali kedua berturut-turut.

Menurut Kim, beliau ingin segera melupakan siri kekalahan Malaysia di saingan kelayakan lalu dan ingin memberi fokus untuk aksi-aksi mendatang buat Harimau Malaya.

Pada pandangan jurulatih berpengalaman itu, beliau menganggap keputusan memastikan Malaysia terus layak ke saingan Piala Asia bagi kali kedua berturut-turut merupakan sesuatu sangat penting.

“Ini sudah pasti menjadi cabaran buat Malaysia dan mahu layak ke Piala Asia kali kedua berturut-turut.

“Harapnya semua pihak yang terlibat dapat memberikan sokongan dan bantuan terbaik kepada skuad kebangsaan. Kita perlu meletakkan usaha tambahan untuk layak,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Kim mengakui skuad kebangsaan masih memiliki beberapa kelemahan perlu diperbaiki untuk menjadikan Malaysia lebih bersedia di pentas antarabangsa.

Malah, beliau juga menilai kelemahan tersebut ketika aksi membabitkan Harimau Malaya menentang Taiwan pada minggu lalu dan mengakui telah mempelajari sesuatu cukup penting.

“Ini adalah DNA Malaysia, berjaya mengikat lawan dan bangkit untuk menewaskan mereka. Kita dapat belajar banyak perkara daripada kelayakan kali ini dan tetap berbangga.

“Kita belajar banyak perkara dan kita akan membetulkannya sebaik mungkin,” katanya akhir sekali mengenai keadaan semasa pasukan kebangsaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN