Kim Pan-gon Cipta Sedikit Rombakan Pemain Untuk Bertemu Oman

Senarai lengkap para pemain untuk skuad kebangsaan telah pun dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan beberapa perubahan telah pun berlaku bawah kendalian Kim Pan-gon.

Terdahulu, Malaysia bakal menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 untuk aksi ketiga peringkat Kumpulan D bertemu Oman di gelanggang lawan pada 21 Mac 2024.

Manakala aksi keempat pula bakal membabitkan pertemuan sekali lagi antara kedua negara itu pada 26 Mac pula di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tampil dengan momentum terbaik pada dua aksi lalu, skuad Harimau Malaya pastinya mempunyai sasaran untuk cuba mendapatkn kemenangan kali ketiga.

Ini kerana jika mereka mampu muncul selaku juara Kumpulan D, maka Malaysia bakal mendapat slot untuk ke saingan Piala Asia seterusnya tanpa mengharungi sebarang aksi kelayakan.

Untuk saingan ini, Kim telah pun memanggil 33 pemain negara untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula pada Jumaat hadapan sebagai persediaan menentang Oman.

Beberapa perubahan pemain berlaku dengan lima pemain yang beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 lalu tidak dipanggil serta 12 muka baharu turut dipanggil menyertai kem latihan pusat.

Berdasarkan senarai di atas, Pan Gon telah mengekalkan seramai 21 daripada 26 pemain dari skuad Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari lalu.

“12 pemain baharu yang dipanggil kali ini ialah penjaga gol Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad dan Safwan Mazlan dari Terengganu FC; Sharul Nazeem Zulpakar, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, Ruventhiran dan Aliff Izwan Yuslan dari Selangor FC; Haqimi Azim Rosli dari Kuala Lumpur City FC dan T. Saravanan dari Sri Pahang FC.

“Bagaimanapun, sebahagian daripada 33 pemain ini akan melapor diri lewat pada Jumaat, 15 Mac 2024 dan sejurus selepas kehadiran mereka itu nanti, beberapa pemain yang berusia bawah 23 tahun akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido,” jelas kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, Kim tampil memberi sebab kenapa beliau memanggil awal para pemain kebangsaan walaupun mengetahui sesetengah daripada mereka baru sahaja menamatkan tempoh cuti lalu.

“Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, Kalendar Perlawanan Antarabangsa pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac 2024.

“Namun, kita tetap perlu melakukan persediaan awal bagi menghadapi dua perlawanan menentang Oman ini dan atas sebab itu saya memulakan kem latihan pusat pada 8 Mac dengan memanggil sama beberapa pemain dari skuad B-23 kebangsaan.

“Selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac kerana saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan bersama kelab, berbanding pemain-pemain lain yang telah lebih awal turun berlatih bersama kelab masing-masing,” kata pengendali utama Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Untuk senarai menunggu, Kim telah pun meletakkan 20 pemain termasuk Syafiq Ahmad, Natxo Insa, Engku Nur Shakir, Shahrul Nizam, David Rowley, Sergio Aguero, dan lain-lain.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN