Kim Pan-gon Beri Gambaran Rombakan, Berapa Peratus Kita Boleh Percaya?

Kim Pan-gon Brendan Gan sidang media King's Cup 2022 rombakan

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon beri gambaran rombakan akan berlaku untuk aksi final King’s Cup 2022 berdepan Tajikistan pada Ahad.

Dalam sidang media pra-perlawanan akhir Malaysia-Tajikistan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu jelas tidak gusar jika merombak pemainnya.

“Saya rasa ia berkemungkinan [perubahan pemain]. Kita ada pemain-pemain yang bagus. Sesiapa sahaja boleh bermain. Kita pernah merombak pemain ketika saingan kelayakan Piala Asia sebelum ini dan mereka memberikan prestasi yang sangat baik.”

“Mungkin kita akan melihat beberapa perubahan pemain esok.”

Kim Pan-gon

Jadi, dengan prestasi yang boleh kita katakan berada di tahap yang baik, benarkah Kim berani untuk membuat rombakan terhadap barisan pemain?

Dalam aksi pertama berdepan Thailand yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya menerusi sepakan penalti, dapat dilihat hampir semua pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama telah memberikan persembahan yang baik termasuklah pemain simpanan.

Ini merupakan barisan pemain utama dan simpanan yang telah beraksi.

Malaysia: Syihan Hazmi (penjaga gol), Matthew  Davies, Faisal Halim (Akhyar Rashid), Darren Lok (Syafiq Ahmad), Safawi Rasid (Mohamadou Sumareh), Arif Aiman (Declan Lambert), Khuzaimi Piee (Azam Azmi), Nor Azam Azih, Brendan Gan, Dion Cools (ketua pasukan), Corbin Ong.

Adakah ia satu keputusan yang bijak untuk merombak barisan pemain?

Rasanya tiada masalah untuk Kim merombak kesebelasan utamanya jika diperlukan. Dan berapa peratus kita boleh percayakan kenyataan Kim itu?

Seperti yang dikatakannya di sidang media sebentar tadi, beliau tidak segan untuk merombak pemainnya dan ia berlaku dalam pusingan kelayakan Piala Asia sebelum ini. Perubahan pemain sememangnya dijangka boleh berlaku.

Dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada Jun lalu, Malaysia menang 3-1 ke atas Turkmenistan dalam aksi pertama. Dan untuk perlawanan kedua berdepan lawan yang sukar, Bahrain, Kim dengan beraninya membuat perubahan pemain dalam kesebelasan utamanya berbanding aksi pertama.

Tiada kelibat Safawi Rasid, Nor Azam Azih, Faisal Halim dan Arif Aiman untuk menentang Bahrain yang jauh lebih kuat daripada Turkmenistan.

Beliau memberi kepercayaan kepada Sumareh, Nazmi Faiz Mansor, Junior Eldstal dan Akhyar Rashid untuk diturunkan terlebih dahulu. Ia memberikan dimensi berbeza apabila empat perubahan dibuat dalam perlawanan kedua.

Harimau Malaya hampir membuat kejutan ke atas lawannya itu sebelum jaringan di minit ke-81 memberikan tiga mata berharga buat Bahrain. Sumareh terlebih dahulu meledak jaringan pendahuluan pada minit ke-55 sebelum ia disamakan semula oleh Ali Haram, dua minit selepas itu.

Abdullah Yusuf Helal akhirnya memberikan kemenangan buat Bahrain.

Jadi, berapa peratus kepercayaan kita boleh letakkan kepada kenyataan Kim tentang rombakan pemain? Tentunya 100 peratus kerana beliau dilihat seorang pengendali yang berani mengubah warna permainan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN