Kim Pan-gon Akui Tak Banyak Perubahan Pemain Untuk Ke Piala Asia

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui beliau tidak akan membuat perubahan besar membabitkan para pemain kendaliannya untuk mengharungi saingan Piala Asia pada awal tahun hadapan.

Sebelum itu, Kim sudah pun menyatakan beliau sudah mempunyai bayangan penuh untuk skuad yang akan beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 serta siri kelayakan Piala Dunia 2026.

“Ketika ini kita berada pada situasi terbaik, sudah tentu ada beberapa muka baru kerana ada antara mereka memiliki tahap yang sama.

“Di mana ada yang cukup baik dan ada juga dipilih kerana dilihat sesuai dengan taktikal dan teknikal pasukan, serta ada diletakkan dalam senarai menunggu.

“Berdasarkan keseluruhan senarai termasuk dalam senarai menunggu, ini adalah barisan kemungkinan yang akan bermain di Piala Asia dan Kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya sebelum itu.

Walaupun begitu, Kim tetap mahu para pemain membuktikan para pemain yang terpilih kini untuk aksi Pestabola Merdeka 2023 dapat mempamerkan aksi menyakinkan untuk terpilih ke kejohanan besar tersebut pada awal tahun hadapan.

Kim juga menegaskan kepada para pemain supaya membuktikan mereka dapat beraksi dengan cemerlang kerana beliau mengakui tidak banyak perubahan ingin dibuat sebelum Malaysia berlepas ke Qatar nanti.

“Jadi pentas ini (Pestabola Merdeka 2023) cukup penting bagi mereka (pemain). Jadi saya fikir bagi kami, kami tidak boleh melakukan banyak perubahan (ke atas pemain) kerana bagi saya, saya tidak bergantung hanya kepada satu aksi perlawanan, kerana kadang-kadang dalam satu atau dua perlawanan, prestasi pemain boleh menurun.

“Tetapi kami buat penilaian secara umum, jadi mereka harus mempamerkan karakter yang baik dan memahami aspek teknikal.

Kami tidak menolak pemain hanya kerana tidak beraksi dengan baik dalam satu perlawanan dengan menggantikannya dengan yang lain, itu bukan cara saya, ia bukan langkah yang betul untuk membangunkan pemain,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, Kim juga menyatakan beliau memiliki sasaran tersendiri untuk membawa Malaysia kepada kedudukan 100 terbaik dunia pada masa akan datang.

“Sasaran kami pada awalnya untuk berada dalam kelompok 120 terbaik dunia, dan selepas ini kami cuba untuk berada di ranking 100 dunia pula.

“Jadi jika awak ingin mengecapi sasaran ini tanpa usaha yang besar, ianya akan menjadi sangat sukar,” kata pengendali itu lagi.

Malaysia bakal menghadapi perlawanan sulung mereka bagi aksi Pestabola Merdeka dengan membuat perhitungan bersama India pada 13 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN