Perpindahan Kieran Tierney Ke Arsenal Hampir Pasti Tak Jadi Kenyataan

Adakah Arsenal sudah perlu menekan butang panik?

Pencarian pemain pertahanan kiri untuk kelab Premier League itu dijangka semakin sukar selepas sasaran utama mereka bakal tidak akan menyertai mereka.

Menurut laman Football Scotland, usaha Arsenal untuk mendapatkan pemain Celtic iaitu Kieran Tierney hampir pasti tidak akan berjaya.

Hal ini kerana, Arsenal dikatakan tidak mahu memenuhi permintaan juara Scotland itu untuk membayar yuran perpindahan sebanyak £25 juta.

Sebelum ini, Arsenal telah meletakkan bidaan sebanyak £15 juta namun begitu ianya ditolak oleh Celtic.

Selepas bidaan pertama ditolak, Arsenal dikatakan tidak lagi melakukan sebarang bidaan terhadap pemain itu.

Selain Arsenal, kelab Serie A iaitu Napoli dikatakan ingin menyertai perebutan mendapatkan pemain tersebut.

Namun sehingga kini, Napoli belum lagi memberikan sebarang bidaan rasmi untuk pemain tersebut.

Dari perspektif Celtic, mereka meletakkan harga yang cukup tinggi untuk mana-mana kelab terutamanya pasukan utama di Eropah.

Hal ini kerana, Tierney merupakan produk akademi Celtic yang cukup berkualiti dan mempunyai prospek yang cerah menjadi bintang Scotland satu hari nanti.

Tierney merupakan pemain muda yang cukup baik, beliau merupakan pemain muda terbaik Scotland untuk 3 musim berturut-turut.

Arsenal kini terpaksa membeli pemain dengan bajet yang terhad apabila Unai Emery hanya diberikan dana sebanyak £50 juta sahaja.

Mereka cuba mendapatkan Wilfried Zaha dari Crystal Palace, namun ianya di luar kemampuan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN