Kieda Crepe Guna Logo Elephant Army Tanpa Sebarang Kebenaran Rasmi?

Tular di media sosial apabila pempengaruh terkenal dari utara iaitu Khalieda Yusra atau lebih dikenali ramai sebagai Kieda Crepe telah menggunakan logo Ultras Pahang atau lebih dikenali sebagai Elephant Army tanpa kebenaran.

Menerusi perkongsian Elephant Army pada tahun 2018, logo tersebut telah pun didaftarkan bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebagai cap dagangan yang sah dan menjadi suatu kesalahan jika pihak luar menggunakannya tanpa izin.

“Kesinambungan daripada penyalahgunaan logo EA dia satu event yg dinyatakan di posting terdahulu, ingin diingatkan bahawa logo EA telah didaftarkan dgn Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebagai cap dagangan (trade mark) yg sah…

“Adalah dinasihatkan kepada mana2 pihak agak tidak menyalahgunakan logo EA samaada sengaja atau tidak sengaja kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976 dan boleh diambil tindakan oleh pihak KPDNKK,” jelas laman berkenaan pada tahun 2018 lalu.

Maka ia menjadi suatu kesalahan sebenarnya buat Kieda Crepe untuk menggunakan logo tersebut dan diletakkan pada pakaian beliau dengan bertujuan untuk diniagakan.

Malah, ada beberapa komen turut menegur individu tersebut kerana menyalah gunakan logo tersebut tanpa kebenaran pemilik asal iaitu Elephant Army.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila Kieda Crepe cuba bermain dengan sentimen bangsa yang menyebabkan lebih ramai mengecam tindakan individu tersebut kerana seolah untuk mengelak daripada disaman.

“takpa bang, kita pun taktahu logo tu berdaftar. Mistake kita, kita salah sebab tak study habis. Kalau abg suka sesama melayu kena saman, kita tak berdaya buat apa. Tapi kalau sama-sama melayu boleh berdoa utk semuanya jadi baik, Allah permudahkan urusan bang,” komen Kieda kepada salah seorang netizen.

Menjawab kepada isu tersebut, Elephant Army turut tampil dengan kenyataan rasmi mereka yang telah pun dikongsikan menerusi media sosial Facebook sebentar tadi.

“Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat insiden penggunaan tidak sah logo Elephant Army oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai sebuah pergerakan bebas, kami amat menitikberatkan penggunaan logo kami.

“Ini bagi mengelakkan terjadinya salah faham dan usaha pengambilan untung yang berlawanan dengan prinsip kami. Kami amat menitikberatkan integriti simbol-simbol yang mewakili kami dan kami ingin menjelaskan tidak ada sebarang kerjasama antara jenama tersebut dengan pihak kami.

“Ingin kami tegaskan bahawa logo Elephant Army telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah perbadanan harta intelek Malaysia. Proses pendaftaran ini adalah untuk melindungi hak cipta dan memastikan bahawa logo ini hanya digunakan dalam konteks yang sah dan dengan kebenaran pihak Elephant Army.

“Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk satu tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

“Kami ingin menasihati kepada mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan logo kami samaada sengaja atau tidak sengaja kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976 dan boleh diambil tindakan oleh pihak KPDNKK,” tegur Elephant Army.

Adakah kes ini bakal berlarutan lebih jauh?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN