Kiatisuk Senamuang Akui Bola Sepak Indonesia Lebih Baik Berbanding Thailand

Bekas jurulatih legenda bola sepak Thailand, Kiatisuk Senamuang mengakui Indonesia bawah 22 (B-22) tampil dengan lebih baik pada musim ini dalam saingan Sukan SEA untuk memungut pingat emas bagi acara bola sepak.

Indonesia menamatkan penantian 32 tahun mereka tanpa pingat emas, selepas tampil cemerlang menewaskan Thailand pada aksi final menerusi keputusan penuh 5-2.

Pada aksi tersebut, Indonesia jelas lebih banyak mendominasi perlawanan menerusi gerakan-gerakan berbahaya berbanding pasukan lawan untuk mendapatkan jaringan.

Selain isu kontroversi pergaduhan besar di tepi padang membabitkan kedua pasukan, skuad kendalian Indra Sjafri jelas tidak terganggu daripada segi konsistensi bagi mendapatkan gol serta mendominasi perlawanan.

Sebaliknya Thailand yang dianggap sebagai pasukan pilihan pula beraksi dengan keadaan tidak begitu bersedia selain kehilangan beberapa pemain kerana layangan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Kemenangan Indonesia itu menarik perhatian Kiatisuk untuk turut memberi pandangan serta pujian beliau kepada kejayaan Sang Garuda pada saingan Sukan SEA musim ini.

Kiatisuk juga menasihatkan kepada para pemain muda Thailand supaya mengambil iktibar akan kekalahan tersebut untuk kembali bangkit pada masa akan datang.

“Angkat kepala anda semua dan tetap bersemangat untuk berjuang Thailand. Saya percaya, hasil kekalahan ini akan menjadi suatu bentuk pengalaman, pembelajaran untuk anda semua meningkatkan lagi prestasi berbanding sebelum itu.

“Selain itu, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Indonesia yang menjadi juara dalam acara bola sepak Sukan SEA.

“Untuk rekod, Thailand dan Indonesia sering bertemu dalam pelbagai kejohanan. Tetapi, kali ini Indonesia jelas menjadi pasukan yang terbaik,” jelas Kiatisuk menerusi CNN Indonesia.

Nama Kiatisuk tidak perlu disangkal lagi sebagai antara ikon bola sepak terbaik yang pernah wujud di Thailand selaku pemain serta prestasi sebagai pengendali skuad kebangsaan.

Ketika era beliau selaku pemain, Kiatisuk yang diberi gelaran Zico itu berjaya menyumbang banyak kejuaraan buat Thailand seperti menjuarai tiga kali Piala AFF serta meraih dua pingat emas untuk Sukan SEA.

Sebagai pengendali pula, sumbangan Kiatisuk boleh dianggap cukup besar untuk mengubah struktur permainan Thailand tampil lebih baik sehingga mereka menjuarai Piala AFF sebanyak dua kali serta pingat emas untuk Sukan SEA 2013.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN