Khyril Muhymeen: Rosdi Talib Pertahanan Paling Kental Pernah Dihadapi

Khyril Muhymeen

Pemain sayap berpengalaman, Khyril Muhymeen Zambri, memilih Rosdi Talib sebagai pertahanan kiri yang paling kental pernah dihadapinya sepanjang beraksi di Liga Malaysia.

Jelas Khyril yang kini beraksi bersama Selangor, dia menyifatkan bekas pemain kebangsaan itu sebagai seorang pemain yang bertenaga serta bijak mengenal pasti kekuatan serta kelemahan pemain lawan.

Baginya, pengalaman ketika berdepan Rosdi yang pada masa itu mewakili Pahang serta T-Team sebagai sesuatu yang berharga untuk meningkatkan lagi kualitinya sebagai pemain posisi sayap kanan.

“Ketika di awal karier bersama Kedah, memang tiap kali bertembung dengan Rosdi pasti memberi kesukaran kepada saya untuk melepasi kawalannya.

“Dia seorang pemain yang tahu bagaimana hendak masuk melakukan asakan yang betul serta bijak dalam memberikan tekanan kepada pemain lawan.

“Walaupun saya bertemu Rosdi ketika penghujung karier, dia masih antara pertahanan kiri terbaik yang saya pernah hadapi serta menjadi pengalaman paling berharga kerana dapat bertemu pemain sekualitinya,” katanya.

Selain kualitinya selaku pertahanan kiri, Rosdi juga mempunyai kemahiran yang baik dalam melakukan sepakan percuma jarak jauh.

22 July 2001: Ruud Van Nistelrooy of Manchester United dribbles past Rosdi Talib of Malaysia during the friendly match between Manchester United and Malaysia at the Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur during Manchester United Tour of the Far East. Manchester United won 6-0.
Credit: Stanley Chou/ALLSPORT

Rosdi menjadi antara salah seorang pemain dalam Pilihan Best XI Khyril dengan bekas pemain import Kedah pada 2004 hingga 2008, Cornelius Bernard Huggins dan bekas pemain kebangsaan Norhafiz Zamani serta S Kunanlan melengkapkan barisan pertahanan.

Penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias menjadi pilihan Khyril manakala Ashari Samsudin mengisi bahagian sayap kiri diikuti Baddrol Bakhtiar di sebelah kanan dan bahagian tengah dikemudi Nelson Sam Martin serta Safiq Rahim.

Dua penyerang menjadi pilihan Khyril ialah dua bekas penyerang Kedah, Marlon Alex James dan Akmal Rizal Rakhli.

Dalam masa sama, Khyril mengakui dia sebenarnya seorang peminat Akmal ketika dalam awal pembabitannya bersama skuad Kedah serta menjadikan pemain itu sebagai idolanya.

“Ketika saya berumur 16 ke 17 tahun dan bersama akademi, saya selalu pergi menonton latihan pasukan senior selepas latihan kami tamat dan Akmal sering kali menjadi pemain yang paling mencuri perhatian.

“Dia umpama idola saya pada waktu itu yang menjadikan saya kian bersemangat untuk bermain bola pada waktu itu kerana mahu jadi sepertinya.

“Bagi saya, Akmal seorang penyerang tulen yang sukar dicari jika dilihat pada teknik gelecekan dan kekuatan tendangannya secara keseluruhan.

” Akmal juga seorang tajam menyudahkan peluang di depan pintu gol dan saya rasa dia antara penyerang terbaik yang pernah saya jumpa,” katanya.

Khyril bermain hampir sepuluh musim bersama Kedah bermula dari 2005 hingga 2014 selain pernah mewakili Negeri Sembilan, AirAsia Allstars,PKNS FC dan Perlis sebelum ke Selangor pada musim lalu.

Pilihan Best XI Khyril Muhymeen (4-4-2)

Penjaga Gol: Helmi Eliza Elias
Pertahanan Kanan: Rosdi Talib
Pertahanan Tengah: Norhafiz Zamani Misbah & Bernard Huggins
Pertahanan Kiri: S.Kunanlan
Sayap Kiri: Ashari Samsudin
Pemain Tengah: Nelson Sam Martin & Safiq Rahim
Sayap Kanan: Baddrol Bakhtiar
Penyerang: Akmal Rizal Ahmad Rakhli & Marlon Alex James

Kredit featured image: Malaysian Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN