Khalid Samad Mahu The City Boys Muncul Juara Liga Premier 2020

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad berkata sasaran untuk pasukan Kuala Lumpur yang bersaing di Liga Premier pada musim 2020 ialah untuk layak ke Liga Super 2021.

Ia juga bermakna skuad ‘The City Boys’ turut harus muncul juara Liga Premier 2020.

Khalid berkata demikian selepas majlis menandatangani kontrak dengan barisan pemain skuad The City Boys di Stadium Bola Sepak Cheras semalam.

Majlis tandatangan kontrak pemain liga premier Kuala Lumpur bagi musim 2020 telah berlangsung di Tingkat 1, Stadium…

Posted by Kuala Lumpur Hawks on Tuesday, December 31, 2019

“Saya merasakan pasukan ini tidak sepatutnya berada di Liga Perdana, saya tak faham apa yang berlaku musim lalu,” kata Khalid.

“Musim ini adalah musim untuk kita keluar dari Liga Perdana dan kembali ke Liga Super.

“Kita nak tentukan bahawa kita memulakan musim ini dengan kemenangan dan kekal di kedudukan nombor satu atau nombor dua, kita tak mahu jatuh ke nombor tiga atau empat.”

Demi memastikan kelangsungan kejayaan pasukan Kuala Lumpur di kancah saingan domestik, Khalid berkata pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan dana yang diperlukan pasukan.

“Matlamat kami juga mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara pasukan terbaik di Malaysia.

Pasukan utama Kuala Lumpur menjalani sesi latihan pra musim dalam persiapan menghadapi Liga Premier 2020 yang dijangka…

Posted by Kuala Lumpur Hawks on Monday, December 30, 2019

Kita akan pastikan kita ada penaja yang akan bersama sepanjang musim hingga kita masuk ke Liga Super,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Khalid turut mengesahkan Kuala Lumpur akan menubuhkan sebuah pasukan sokongan atau ‘feeder club’ yang akan bersaing dalam Liga M3.

Dua calon pemain import, Guy Gnabouyou dan Davy Angan juga kini berada di penilaian akhir oleh Ketua Jurulatih, Nidzam Adhza Yusoff.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN