Khalid Jamlus Mahu Hasnul Zulkarnain Terus Kekal Sebagai Presiden PAFA

Khalid Jamlus

Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Keputusan itu dibuat untuk memberikan tumpuan terhadap tugas politiknya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong.

Beliau juga tidak menafikan keputusan dibuatnya itu juga atas faktor menjadi mangsa buli siber apabila laman Facebooknya diserang dengan pelbagai komen netizen selepas berlakunya isu bergambar dengan trofi Piala Malaysia secara tidak senonoh beberapa hari lalu.

Bekas penyerang skuad kebangsaan yang juga pemain legenda Perak, Khalid Jamlus meluahkan rasa kekecewaan beliau di laman facebooknya sambil menyatakan beliau tidak setuju dengan perbuatan Presiden PAFA tersebut dan berpendapat penyokong Perak tidak sepatutnya membesarkan isu tersebut.

“Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali siapa presiden pafa apatah lagi latar belakang beliau dan saya tidak tahu pun beliau ialah seorang YB merangkap exco kerajaan negeri perak.

“Sehinggalah berita ini tular dan menjadi bualan bukan sahaja oleh fans perak, malah 1 malaysia turut mengecam tindakan beliau. Pelbagai kecaman, makian dilemparkan terhadap beliau.

“Akhirnya pada hari ini (semalam), beliau mengalah dan meletakkan jawatan beliau selaku presiden pafa. Ikhlas di lubuk hati saya, selaku bekas pemain, saya memuji beberapa langkah beliau ketika mengendalikan perak fa tetapi pada masa yang sama saya tidak bersetuju atas apa yang beliau lakukan terhadap piala keramat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Khalid yang pernah membantu Perak menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2000 menyeru Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Dato’ Azumu agar masuk campur mempertimbangkan semula perletakan jawatan Hasnul Zulkarnain.

“Saya selaku bekas pemain perak dan malaysia menyeru pihak YB MB Perak agar mempertimbangkan perletakan jawatan beliau. Bukan sebab saya tidak menyebelahi fans, tetapi antara faktor-faktor besar adalah semangat dan iltizam presiden pafa yang masih muda ini serta komitmen yang ditunjukkan kepada team perak.

“Saya tidak berniat untuk bertindak sebagai menjilat atau membodek tapi percayalah, pemain, jurulatih, pengurusan pasti terganggu atas konflik ini. Dosa yang dilakukan tidaklah sebesar mana yang tidak dapat diampunkan.

“Setiap manusia pasti membuat kesilapan dan siapalah kita untuk menghukum lebih2 lagi permohonan maaf telah pun dilakukan. Berilah satu peluang kepada beliau agar terus menerajui pafa,” jelasnya.

Khalid juga berharap para penyokong Perak dapat menerima permohonan maaf daripada Hasnul serta melupakan seketika segala kesilapannya untuk memberi peluang kepada beliau berubah ke arah yang lebih baik.

“Kalau orang bertanya kepada saya adakah saya boleh menerima semua ini. Jawapan saya “Ya. Saya terima permohonan maaf beliau, kerana saya pernah melalui lebih kurang macam beliau, dimana mereka semua membenci saya ,tapi saya masih diberi kepercayaan, akhirnya saya buktikan. Kenapa beliau tak boleh diberi peluang lagi?”, ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN