Khalid Jamlus Hanya Demam Biasa, Bukan COVID-19

Khalid Jamlus Bekas Pemain Perak

“Saya hanya demam biasa, bukan dijangkiti COVID-19.”

Itu adalah penjelasan bekas penyerang Perak dan skuad kebangsaan, Khalid Jamlus mengenai status keadaan dirinya serta menafikan yang beliau telah dijangkiti COVID-19 sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Klang.

Pada 22 Mac yang lalu, menerusi posting di laman Facebooknya, pemenang Kasut Emas Liga Perdana 1 musim 2002 itu telah memuat naik status mengenai keadaan dirinya yang mengalami demam tinggi dan kesukaran untuk bernafas.

“Jam 4.20 pagi ,bacaan temperature 38.2..BERNAFAS MACAM LEMAS DLM AIR..???semoga dipermudahkan ???.”

Facebook Khalid Jamlus

Ia mengundang kerisauan di kalangan pengikutnya di Facebook yang menyatakan berkemungkinan beliau dijangkiti COVID-19 yang sedang menular di dalam negara.

Lebih 600 komen dititipkan beserta doa semoga diberikan kesembuhan disamping memohon agar lagenda pasukan Perak itu untuk segera mendapatkan rawatan.

“Jika diikutkan memanglah takut mungkin dijangkiti Covid-19, namun Alhamdulillah doktor sahkan hanya demam biasa dan perlu banyak berehat.

“Sekarang ini keadaan kesihatan beransur pulih dan hanya duduk di rumah seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, ramai yang bertanya keadaan kesihatannya kerana bimbang dirinya terkena jangkitan COVID-19 yang sudah meragut lebih 10 nyawa di Malaysia ketika ini. Seperti saranan mereka, beliau telah mendapatkan rawatan susulan di klinik.

Khalid Jamlus merupakan penyerang berbisa yang pernah di lahirkan negara pada satu ketika dahulu dan pernah bersama skuad Olimpik 2000 dan kemudian menyarung jersi Perak di bawah kendalian mendiang Karl Heinz-Weigang.

Ketika melakar nama selaku pemenang Kasut Emas Liga Perdana 1 pada 2002, beliau pernah menyertai percubaan bersama kelab Eropah iaitu Eintracth Frankfurt dan Alamanian Aahen, namun gagal merealisasikan perpindahannya.

Pulang daripada Jerman, Khalid Jamlus mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Tiger 2004 dan membantu skuad Harimau Malaya melangkah sehingga ke saingan separuh akhir dengan meledak lima gol peribadi.

Persembahan cemerlangnya itu telah menarik minat satu lagi kelab Jerman, SvGG Greuther Furth, tetapi kecederaan menghalang beliau untuk mewakili Greuther Furth.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan semoga cepat sembuh Khalid Jamlus!

KREDIT FEATURED IMAGE: MFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Khalid Jamlus dan Perak:

https://semuanyabola.com/khalid-jamlus-impian-besar-legenda-perak/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN