Khalid Ali: “Beri Laluan Kepada TMJ Jadi Presiden FAM!”

Khalid Ali yang merupakan lagenda bola sepak negara mahu jawatan Presiden FAM diberikan dengan mudah kepada TMJ.

Beliau berkata, kredibiliti baginda merupakan sandaran untuk menjadi presiden yang berjaya di masa hadapan.

10 tahun

Menurut laporan Arena Harimau Malaysia, Khalid mahu TMJ diberikan sekurang-kurangnya 10 tahun sebagai tempoh masa untuk mengubah landskap bola sepak negara.

“Bagi saya rekod cemerlangnya memimpin Johor Darul Ta’zim mencipta banyak kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sememangnya rekod yang baik untuk dijadi kayu pengukur keupayaannya.”

Gambar: Rizanizam/Asiana

Justeru saya menyarankan calon lain bekerjasama dengan TMJ membangunkan bola sepak sekali gus melihat perubahan drastik kejayaan negara pada masa depan.”

Khalid nyata lantang dalam kenyataannya mahu TMJ diberikan laluan mudah untuk menjadi presiden FAM pada pemilihan yang bakal dilakukan pada Kongress FAM pada 25 Mac ini.

Bola sepak Malaysia pasti berubah

Bagi wira skuad Olimpik negara pada 1980, Ramli Junit. Bola sepak negara pasti akan mengalami perubahan jika TMJ mengambil alih tampuk pemerintahan di FAM.

Namun begitu katanya, TMJ haruslah konsisten dalam melakukan perubahan agar bola sepak negara akan berubah secara total.

“Apa yang penting presiden mesti konsisten untuk menterjemahkan pendekatan berbeza dalam pengurusan seperti kelab dan negara maju sekaligus menampilkan perbezaan ketara ke arah imej baharu bola sepak Malaysia.”

Dalam laporan Arena Harimau Malaysia itu juga, Ramli juga mengatakan 3 lagi calon presiden FAM juga menunjukkan kesungguhan mereka dalam merancana perubahan bola sepak negara.

“Bagaimanapun apabila ada empat tokoh diketengahkan sebagai calon presiden, itu saja sudah memperlihatkan kesungguhan ahli gabungan FAM untuk mengubah landskap bola sepak ke arah yang lebih positif dan berdaya saing.”

Tan Sri Annuar Musa bagaimana pun telah diterima pencalonan beliau oleh pihak FAM sebagai calon presiden baharu.

Manakala 2 lagi calon berpotensi iaitu Tan Sri Aseh Che Mat dan Khairy Jamaluddin dijangka menarik diri untuk membolehkan saingan 2 penjuru antara TMJ dan Annuar Musa.

Baca juga: 5 Sebab Manchester United Konsisten Kekalkan 15 Perlawanan Tanpa Kalah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN