Khalid Ali Pelik Kenapa Penyokong Selangor Salahkan Maniam

Selepas mencatat 2 kekalahan kepada Terengganu FC dan Pahang dalam saingan Liga Super, kedudukan pengendali skuad The Red Giants, P. Maniam berada dalam bahaya apabila timbul desakan daripada penyokong yang mahu beliau letak jawatan dengan segera.

Mengulas mengenai desakan tersebut, bekas pemain Selangor, Khalid Ali meminta penyokong agar tidak menyalahkan Maniam sepenuhnya sebaliknya menyalahkan pihak pengurusan pasukan itu.

“Daripada salahkan Maniam akibat kegagalan Selangor, lebih baik salahkan pengurusan dalam FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor).”

Beliau berkata kepada Sinar Harian, Maniam tidak seharusnya dipersalahkan dalam hal ini kerana beliau membuat kerja berdasarkan bajet dan pemain yang ada dalam pasukan.

Aksi pemain Selangor ketika menentang Terengganu FC. FOTO: Selangor FA

“Kenapa nak salahkan Maniam? Semua kena faham keadaan Selangor sekarang ini.

“Mereka hanya bergantung kepada bajet ‘ciput’ sebab itulah mereka hanya ada pemain yang seperti itu sahaja (tidak cukup kualiti).

“Jadi bila dah kalah seperti ini, buat apa salahkan jurulatih sahaja. Itu yang di atas, presiden (Datuk Seri Subahan Kamal) dan konco-konconya patut dipersalahkan juga.

“Lagi pun FAS sebelum ini pernah kata, mereka tidak mahu mengejar kejuaraan tahun ini. Jadi terima sahajalah situasi yang berlaku sekarang,” katanya.

P. Maniam berdepan kritikan pedas daripada penyokong kerana gagal meneruskan rentak cemerlang. FOTO: Selangor FA

Khalid juga mengakuit tidak terkejut sekiranya  Selangor bakal menjadi antara pasukan yang akan tersingkir ke Liga Premier di penghujung musim.

“Sekarang ini, lebih baik penyokong minta pengurusan sekarang untuk letak jawatan dan memohon semula kepada kerajaan negeri untuk memberikan dana kepada pasukan bola sepak Selangor.

“Saya risau kalau trend ini berterusan, bukan sahaja Selangor jatuh ke Liga Premier, tapi mungkin juga sudah tidak ada pasukan Selangor dalam saingan bola sepak Malaysia,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN