Khalid Ali : “Kita Sepatutnya Turunkan Barisan Terbaik Ketika Menentang Laos”

Kegagalan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara layak ke pusingan akhir kejohanan AFC B-23 di Bangkok tahun depan agak sukar untuk diterima oleh semua pihak selepas Malaysia mendahului China sebanyak dua kali.

Jaringan penyamaan pemain lawan pada minit ke 83 bukan sahaja mengecewakan penyokong bola sepak tempatan tetapi turut meleburkan impian untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata dalam Harian Metro mahu pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertanggungjawab kerana silap percaturan dengan merehatkan pemain utama ketika menentang Laos pada perlawanan kedua dalam kempen kelayakan.

Khalid Ali turut menyifatkan tindakan pengendali skuad itu, Datuk Ong Kim Swee yang cuba melakukan ‘eksperimen’ mengundang padah kerana Malaysia perlu menang besar dan  jumlah jaringan memainkan peranan yang penting dalam penentuan slot tempat kedua terbaik.

“Pengurusan pasukan perlu dirombak kerana setiap kali gagal berpunca daripada perancangan yang tidak betul dilakukan oleh pengurusan pasukan.

“Anda sudah tidak mahu dengar macam-macam alasan seperti nak bagi pemain rehat secukupnya untuk perlawanan akan datang, pemain cedera atau tak cergas, semuanya dah tak boleh dengar lagi.

“Dulu masa kami (pasukan Olimpik 1980), jurulatih sentiasa turunkan kesebelasan terbaik dan terkuat tidak kira lawan pasukan mana sekalipun termasuk pasukan dianggap lemah.

“Tapi, sekarang boleh pula nak cuba-cuba atau melakukan eksperimen kerana bila dalam pertandingan sebenar istilah nak cuba-cuba dah tak ada,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Kesebelasan utama skuad Malaysia B-23. FOTO: FAM

Sementara itu, jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee berharap format pertandingan kelayakan kejohanan tersebut dapat diperhalusi oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) supaya ‘fair play’ dapat diberikan kepada semua pasukan yang bertanding.

Bagi Kim Swee, format yang digunakan Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) hanya memberi kelebihan kepada pasukan yang beraksi lebih lewat menerusi perbezaan zon waktu.

“Saya harap AFC boleh melihat perkara ini kerana ada perlawanan yang belum berakhir tetapi mereka sudah dapat mengetahui keputusan perlawanan yang lain.

“Atas semangat ‘Fair Play’, saya harap AFC harus mengambil kira perkara ini memandangkan keputusan tidak memihak kepada kami sambil ada pasukan lain tahu lebih awal mengenai nasib kumpulan lain,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN