Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) seharusnya mempertimbangkan untuk membatalkan terus saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
“Mansuhkan sahaja liga, sedangkan orang nak pergi buat ibadah Haji tahun ini pun batal takkan Liga Malaysia (Liga M) lagi besar daripada buat Haji,” kata Khalid kepada Harian Metro.
Malah beliau juga menyebut sekiranya liga tempatan diteruskan tanpa penonton di stadium, ia tidak lagi bermakna kerana wabak coronavirus (COVID-19) bukan hanya berjangkit dalam kalangan penonton sahaja, tetapi dia juga boleh berjangkit dalam kalangan pemain, pegawai dan petugas perlawanan yang berlangsung.
Apa Nasib Pasukan Liga Malaysia Jika PKP Berpanjangan? https://t.co/YyePDkDQbF pic.twitter.com/l2cVSlWrpb
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 9, 2020
“Sedangkan petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang terdiri daripada doktor, jururawat serta barisan hadapan pihak polis pun boleh terkena COVID-19, inikan pula hanya membabitkan pemain dan pegawai perlawanan saja dalam stadium.
“Bagi saya baik batalkan terus dan kita mulakan balik tahun depan sahaja. Ini adalah jalan yang lebih baik daripada mempertaruhkan pemain dan pegawai demi untuk meneruskan liga.
“Kita kena ikut arahan kerajaan kerana apa yang disuarakan mereka adalah untuk keputusan yang terbaik. Kena ingat, orang yang nak buat Haji pun dibatalkan tahun ini apalah sangat bola sepak,” katanya lagi.
Mengenai isu penaja yang sudah pun memberikan wang tajaan mereka untuk saingan liga musim ini, Khalid berpendapat FAM perlu memainkan peranan dalam mengadakan rundingan semula dengan pihak-pihak berkepentingan dan semua pihak sudah tentu memahami keadaan dan situasi semasa.
FAM: Semua Pihak Perlu Akur Dengan Garis Panduan FIFA https://t.co/QIqUe1joPz pic.twitter.com/RdObcXeNa4
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 9, 2020
“Saya yakin penaja akan memahaminya. Lagipun liga baru empat perlawanan saja, jadi tak salah nak batalkan.
“Seperti mana yang disuarakan kerajaan, wabak ini memakan masa untuk dipulihkan,” ujar Khalid.
Seorang jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria sebelum ini juga telah menyatakan pandangannya supaya Liga-M musim ini dibatalkan sekiranya liga tidak dapat bersambung sehingga bulan Jun.
Beliau mengambil contoh Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sudah pun sah ditangguh ke tahun hadapan kerana mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan semua pihak.