Khalid Ali Diuji Dengan Barah Paru-Paru

khalid ali malaysia lagenda nstp bakat

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Ali mendedahkan yang beliau kini sedang bertarung dengan ujian yang cukup besar dalam hidupnya.

Khalid mendedahkan yang kini beliau sedang menghidap penyakit barah paru-paru dan ini amat mengejutkan dirinya.

Menurut laporan Astro Awani, Khalid mengatakan yang beliau tidak mampu memberikan sebarang reaksi sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit tersebut.

Sebaliknya, beliau hanya mampu terkejut dengan perkhabaran duka itu.

“Doktor kata saya seorang yang agak kuat, namun apabila mendengar berita berkenaan penyakit saya menjadi lemah.

“Namun saya boleh lawan perkara ini dengan ubat-ubat dan juga semangat,” kata Khalid.

Bekas pemain kebangsaan itu juga berkata yang sebelum ini beliau hanya ke hospital untuk melihat kepada tahap kesihatannya memandangkan Khalid menghidapi batuk yang tidak berhenti.

Namun, tidak disedari oleh Khalid yang pertemuannya dengan doktor itu membuka jalan kepada pengetahuan dirinya akan penyakit serius yang dihadapi.

Khalid mengatakan yang kini beliau berdoa dan berserah kepada Allah supaya semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik saja buat dirinya.

Dalam masa yang sama, Khalid juga mengharapkan yang doa dikirimkan untuknya bagi menguatkan lagi beliau menghadapi masa sukar ini.

Khalid sedar yang komen-komen beliau mengenai bola sepak sebelum ini mengundang rasa kurang senang penyokong sehingga ada yang tidak suka padanya. Akan tetapi, pada masa begini, beliau berharap perbezaan dapat dilupakan dahulu.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan agar Khalid Ali akan segera sembuh daripada penyakit yang dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN