Khairy Jamaluddin: “TMJ Berhak Pilih Mario Gomez Jadi Jurulatih Negara”

Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan TMJ memilih Mario Gomez sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan merupakan satu keputusan yang wajar dan TMJ berhak melakukan demikian – sumber Sinar Harian.

Bagi KJ, apa yang dilakukan oleh TMJ itu adalah bertepatan dengan bidang kuasanya sebagai Presiden FAM dalam memilih jurulatih bagi skuad kebangsaan dan juga jurulatih bagi skuad peringkat umur.

Gambar: Fourth Official

“Pemilihan jurulatih bagi skuad kebangsaan dan skuad negara di peringkat umur tertakluk kepada keputusan dari pihak kepimpinan FAM sendiri.”

Pemilihan Gomez sebagai jurulatih baharu skuad negara menyaksikan beberapa perubahan di jawatan jurulatih skuad negara.

Hadirnya Gomez ke dalam skuad negara menyaksikan tugas Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad kebangsaan dihentikan. Akan tetapi, Ong Kim Swee ditugaskan untuk menjaga skuad bawah-23 tahun kebangsaan pula selepas ini.

Manakala khidmat jurulatih Jerman iaitu Frank Bernhardt sebagai pengendali skuad bawah-23 tahun kebangsaan ditamatkan oleh pihak FAM. 

Namun begitu, TMJ memberi bayangan akan bertemu dengan Bernhardt untuk berbincang mengenai hala tuju beliau selepas ini.

Pelantikan Gomez itu merupakan langkah pertama TMJ sebaik sahaja diumum secara rasmi sebagai Presiden FAM yang baharu pada Sabtu lepas.

Selepas itu, 4 pemain JDT yang bersara sebelum ini iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunanlan dan juga Amirulhadi Zainal juga kembali menyatakan kesediaan untuk menyarung semula jersi kebangsaan.

Baca juga: Aidil Zafuan Tegaskan Beliau Bersedia Kembali Sarung Jersi Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN