Menteri Belia & Sukan: “Tiada Manfaatnya Saya Jawab Soalan TMJ”

Tempoh hari, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah mempersoal ketiadaan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin yang tidak menghadirkan diri ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia diantara Kedah dengan Pahang tempoh hari.

TMJ merasakan yang seeloknya lebih baik Khairy menjadi  ‘selebriti’ kerana merasakan menteri tersebut cumalah maju menjadi popular sahaja.

Khairy tidak hadir ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia tempoh hari kerana beliau terlibat dengan program melibatkan Askar Wataniah.

Bercakap kepada Sinar Harian baru-baru ini, Khairy menjawab persoalan yang mengenai isu terbabit.

“Saya rasa tidak perlu untuk saya ulas mengenai perkara yang berlaku itu.”

“Bagi saya, tiada sebarang kebaikan untuk saya jawab persoalan mengenai perkara itu.”

TMJ mempersoalkan ketiadaan Khairy di perlawanan akhir selepas baginda merasakan Menteri Belia dan Sukan seharusnya berada di perlawanan akhir yang cukup bersejarah dengan bola sepak negara.

Khairy mengulas perkara ini ketika di Program Bersama Ahli-Ahli Parlimen Belia baru-baru ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN