Menteri Belia dan Sukan yang juga pemain skuad polo Sukan SEA, YB Khairy Jamaluddin antara yang hadir di Stadium Shah Alam semalam menyaksikan perlawanan di antara musuh tradisi Malaysia vs Singapura.
Dalam perlawanan yang penuh dengan debar, Malaysia ketinggalan 1 gol di belakang pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Malaysia berjaya mengejar dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut.
Disaksikan lebih puluhan ribu penonton di Stadium Shah Alam, satu stadium bergema dengan jeritan kegembiraan ketika Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Azam Azih. Ini adalah reaksi KJ apabila melihat ‘screamer’ itu.
(Kredit: BolaKini)
Anda boleh saksikan versi youtube di bawah ini:
https://www.youtube.com/watch?v=GtsieiqI8r8
Lagi menggembirakan adalah apabila Thanabalan menjaringkan gol kemenangan pasukan negara beberapa minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat.
Malaysia kini bersaing hebat dengan Myanmar untuk menjadi juara kumpulan A. Kedua-dua pasukan pastinya mahu menamatkan peringkat kumpulan sebagai juara kumpulan.
Malaysia akan menentang Myanmar pada 21 Ogos ini. Dan akan bermain menentang Laos 2 hari kemudian.