Menteri belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gembira dengan perlantikan Nelo Vingada sebagai pengendali baru skuad kebangsaan.
Ini selepas jawatan itu tidak diisi sejak beberapa minggu selepas Datuk Ong Kim Swee diturunkan semula ke skuad B-22 tahun.
Sebelum ini, FAM cuba melamar Mario Gomez. Namun bekas pengendali JDT itu dikatakan telah meminta gaji yang di luar kemampuan FAM.
Vingada diumumkan sebagai pengendali Harimau Malaya oleh FAM pada 15 Mei yang lalu.
Khairy Jamaluddin percaya pihak FAM telah melakukan kajian yang teliti ke atas Nelo Vingada yang digelar The Professor sebelum melantik beliau menjadi ketua jurulatih.
Ini kerana pengalaman luas beliau dalam bidang bola sepak. Vingada pernah menjadi penolong Carlos Queiroz untuk skuad B-20 Portugal (B-20) yang beraksi di Piala Dunia B-20 pada 1989 dan 1991.
Beliau juga pernah mengendalikan skuad kebangsaan Arab Saudi dari 1996-97, skuad Olimpik Mesir dari 2004-05, skuad kebangsaan Jordan pada 2007-09 dan skuad Olimpik Iran pada 2014.
Pasukan terakhir yang dikendalikan oleh Vingada adalah North East United FC.
Jadi, beliau memiliki pengalaman yang sangat luas dalam bola sepak di Asia.
Oleh itu, Khairy Jamaluddin merasakan Nelo Vingada perlu diberikan peluang sebaiknya untuk membuktikan dirinya sebagai pengendali Harimau Malaya.
Vingada akan memulakan tugasan pertama iaitu menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.
Perlawanan yang akan dijadualkan berlangsung pada 9 Jun hadapan.