Khairy Jamaluddin Tak Mahu Tarik Diri Dari Bertanding Jawatan Presiden FAM

Khairy Jamaluddin tak mahu tarik diri daripada bertanding jawatan presiden FAM, menurut laporan Astro Awani.

Bagi Khairy, beliau masih mahu bertanding jawatan tersebut namun dengan satu syarat jika hendak menarik diri.

Beri laluan

Khairy Jamaluddin tak mahu tarik diri daripada bertanding jawatan presiden FAM dengan satu syarat.

Syaratnya adalah beliau hanya akan menarik diri jika TMJ bersetuju untuk bertanding sebagai calon presiden FAM.

TMJ setakat ini, hanya mahu bersetuju secara lisan sahaja mengenai pencalonan oleh ahli gabungan untuk baginda sebagai calon presiden FAM.

“Pengesahan yang hanya akan dikira sekiranya calon tersebut mengisi borang seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa.”

“Setakat ini, TMJ hanya bersetuju secara lisan untuk bertanding dan belum lagi menghantar borang. Jadi tiada pengesahan lagi yang baginda akan bertanding.”

Setakat ini, hanya Tan Sri Annuar Musa sahaja yang menghantar borang untuk menjadi calon tunggal menjadi presiden FAM.

Ketika ditanya pihak media mengenai statusnya terhadap pencalonan untuk pemilihan presiden FAM, Khairy hanya bersifat “tunggu dan lihat” terhadap tindakan TMJ.

Ini bermakna, jika TMJ menghantar borang pencalonan maka Khairy akan menarik diri. Jika TMJ tak hantar borang, maka Khairy akan bertanding.

Individu yang dicalonkan sebagai calon pemilihan presiden FAM oleh ahli gabungan boleh memilih untuk menolak pencalonan tersebut.

Namun mereka perlu menolak pencalonan itu sebelum Isnin ini bersamaan 13 Februari 2017.

Baca juga: Hairuddin Omar Umum Persaraan Dari Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN