Pengadil Khairul Rizal Ismail baru-baru ini meninggal dunia sekitar jam 7.35 pagi tadi.
Pegawai bertugas
Khairul Rizal yang merupakan seorang pengadil merupakan sepatutnya menjadi sebahagian daripada kumpulan pegawai perlawanan yang akan bertugas di perlawanan Piala Sumbangsih di Larkin.
Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.35 pagi merupakan seorang guru dan juga pengadil FAM.
Beliau yang dikhabarkan mempunyai sakit yang teruk, terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Namun begitu, beliau yang tidak mampu untuk sedarkan diri walaupun dibantu dengan mesin bantuan pernafasan.
Jenazah beliau kemudiannya dibawa dari unit rawatan rapi Hospital Columbia di Seremban 2 ke kediaman keluarganya.
Jenazah kemudiannya diuruskan sekitar jam 10.30 pagi di Surau Nasimil Hikmah di Sri Pulai 3.
Seterusnya, jenazah dibawa untuk solat jenazah selepas solat Jumaat dilangsungkan sebelum di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Haji Mohamad Said di Seremban, Negeri Sembilan.
Allahyarham Khairul Rizal yang sepatutnya bertugas sebagai pengadil ke-4 pada perlawanan diantara JDT dan Kedah malam ini meninggalkan seorang isteri dan juga seorang anak yang merupakan seorang bayi.
Kami di Semuanya BOLA mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allayarham Khairul Rizal. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Baca juga: Sesi Dialog TMJ Bersama Penyokong: TMJ Ulas Isu Mario Gomez, Pemain Import & Banyak Lagi