Dalam satu muat naik status di instagram semalam, Khairul Izuan Rosli telah menghantar satu status bernada kecewa.
Khairul Izuan Rosli berkata:
“Dimanakah sinar cahaya untuk aku kembali tersenyum, aku tidak meminta lebih, sekurang kurangnya untuk memenuhi poketku yang sudah kering.”
Beliau kemudian menyertakan beberapa hastag termasuk:
Sabar, tawakal, dalam suka ada duka, saya kuat saya ada Allah, dan percaya rezeki allah itu luas.
Lantas netizen dan pengikut kepada pemain tersebut terus berpendapat ia adalah merujuk kepada isu bayaran gaji yang masih belum diterima oleh pemain tersebut.
Di ruangan komen ramai penyokong Kelantan bersimpati dengan Khairul Izuan Rosli.
Ada yang meminta pemain tersebut terus bersabar dengan apa yang menimpa serta berharap pengurusan pasukan Kelantan dapat menyelesaikan isu ini segera.
Ada yang mencadangkan agar beliau mencari pasukan lain selepas ini kerana ini bukan pertama kali pemain-pemain Kelantan tersangkut bayaran.
Mereka juga berkongsi kesedihan, bagaimana rasanya tidak dibayar gaji selepas penat bekerja.
Khairul Izuan Rosli antara pemain yang menjadi kegemaran penyokong pasukan Kelantan kerana komitmen di dalam padang meskipun kurang mendapat tempat di dalam pasukan utama.
Beliau juga antara pemain yang tidak pernah menimbulkan masalah sepanjang bersama dengan TRW.
Beliau sebelum ini pernah menjadi prospek muda yang mnejadi rebutan beberapa pasukan. Namun Khairul Izuan Rosli memilih untuk terus berjuang bersama-sama dengan The Red Warriors.
Baca juga: Annuar Musa: “Mungkin Selepas Ini Tiada Lagi Kelantan Di Liga Malaysia”